KUCHING:Tarikh matang Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah pada 6 Jun 2021, jelas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.
Penjelasan itu bagi meleraikan kekeliruan mengenai tarikh matang tersebut, memandangkan mesyuarat pertama DUN selepas Pilihan Raya Negeri Ke-11 adalah pada 7 Jun 2017.
Sehubungan itu katanya, tempoh DUN tamat adalah lima tahun dari 7 jun 2016 dan peraturan ini termaktub di bawah Artikel 21(3) Perlembagaan Sarawak.
“Oleh itu, tempoh DUN akan berakhir adalah pada 6 Jun 2021. Lima tahun bukan bermula dari tarikh pilihan raya. Lima tahun itu adalah dari tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya," jelasnya pada sidang media di Bangunan DUN hari ini.
Manakala tambah Mohamad Asfia, bagi tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 pula, jika DUN belum dibubarkan lebih awal, maka DUN akan terbubar secara automatik pada 6 Jun 2021.
“Jika berakhir pada 6 Jun 2021, di bawah Artikel 21 klausa 4, mempunyai lanjutan 60 hari selepas itu. Ada atau tiada wabak COVID-19, pilihan raya mesti diadakan. Ia adalah wajib dari segi perlembagaan. Tiada pilihan," katanya.
Dalam pada itu Asfia memberitahu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak memberi sebarang petunjuk mengenai tarikh PRN-12 akan datang.
Fadilah Sulaiman
Thu Nov 05 2020

Tarikh matang Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah pada 6 Jun 2021, jelas Speaker DUN, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air akibat banjir di Baling
Sebanyak 280,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di tiga daerah terjejas akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Banjir | Paras air meningkat di beberapa kawasan
Peralihan angin monsun membawa banjir di beberapa kawasan di seluruh dunia. Sekali gus menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan terlibat. Antara terkesan, Jepun, Australia dan Serbia. Kita ikuti rangkuman ini.

COVID-19 | Beijing wajibkan suntikan vaksin sebelum masuk tempat sesak
Bermula Isnin depan, China mewajibkan individu yang layak menerima vaksinasi COVID-19 untuk mendapatkan suntikan sebelum memasuki tempat sesak di Beijing. Republik itu adalah yang pertama memperkenalkan mandat itu berikutan berdepan dengan kes sporadik baharu.

Tarikh matang DUN Sarawak 6 Jun 2021
Tarikh matang Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah pada 6 Jun 2021, jelas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.