awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teka-teki PRU15: Ini sebab Parlimen perlu berpenggal

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/09/2022
12:49 MYT
Teka-teki PRU15: Ini sebab Parlimen perlu berpenggal
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, selepas pembentukan kerajaan pada PRU14, tempoh penggal dijangka pada Julai 2023 bagi memberi laluan kepada PRU15 - Foto/fail
KETIKA ini teka-teki mengenai pembubaran Parlimen antara yang menjadi topik hangat dalam arena politik.
Di Malaysia, Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh lima tahun.
Pilihan Raya Kecil pula berlaku untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen atau DUN di luar jangka disebabkan oleh kematian; peletakan jawatan; hilang kelayakan; atau pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, selepas pembentukan kerajaan pada PRU14, tempoh penggal dijangka tamat pada Julai 2023 bagi memberi laluan kepada PRU15.
Sementara mana-mana negeri boleh membubarkan dewan undangannya secara bebas daripada Parlimen Persekutuan, amalan tradisional adalah untuk kebanyakan DUN dibubarkan pada masa yang sama dengan Parlimen.
Selepas pembubaran, sama ada secara automatik atau tidak, kerajaan sedia ada akan kekal sebagai kerajaan sementara. Kerajaan sementara hanya dibenarkan meneruskan komitmen lama dan tidak boleh membuat komitmen baharu.
BACA: Bubar Parlimen: Kekalkan sehingga tamat tempoh lima tahun - Penganalisis Politik
Berikut pandangan penganalisis politik Prof Wong Chin Huat, mengapa tempoh pembubaran Parlimen tidak seharusnya berubah, sebaliknya dikekalkan sehingga tempoh penggal tamat iaitu selepas lima tahun.
i. Ia bagi memastikan PRU yang bakal berlangsung mempunyai satu tarikh tetap.
ii. Selain memberikan tarikh PRU yang lebih terjangka, Parlimen berpenggal tetap memberi peluang kepada Jemaah Menteri untuk melaksanakan perancangan yang ditetapkan.
iii. Parlimen berpenggal juga mampu membaiki kestabilan politik negara dan memberi keyakinan kepada para pelabur.
iv. Mengikut Perlembagaan Persekutuan sekarang, kuasa untuk memohon pembubaran awal terletak di tangan Perdana Menteri. Tetapi kuasa memberikan perkenan terletak kepada Yang Di-Pertuan Agong.
v. Pembubaran Parlimen awal boleh dilakukan sekiranya Perdana Menteri hilang kepercayaan atau dua pertiga ahli Parlimen berpandangan pilihan raya perlu diadakan dalam apa-apa sebab sekali pun.
vi. Satu konvensyen Perlembagaan yang baharu perlu dimulakan tanpa membuat pindaan Perlembagaan. Amalan baharu ini membolehkan Parlimen berlangsung sehingga hujung penggal.
vii. Pada masa akan datang, pembubaran Parlimen dan DUN di 13 negeri tidak berlaku dalam masa yang sama.
viii. Pembubaran Parlimen dan DUN yang tidak serentak bukan pembaziran tetapi menghormati autonomi DUN.
Topic Berkaitan
#tarikh PRU15
#Bila PRU15
#Pembubaran Parlimen PRU15
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan