awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh 100 hari bukan waktu rancang semula - Gerakan #KamiMalaysia

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2021
08:01 MYT
Tempoh 100 hari bukan waktu rancang semula - Gerakan #KamiMalaysia
Kerajaan baharu ini sewajarnya memperbetul dan menghasilkan impak yang sepatutnya dengan kejelasan polisi yang boleh dipertahankan secara telus dan terbuka. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tempoh 100 hari yang diminta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak harus dilihat sebagai waktu untuk merancang semula, tegas Gerakan #KamiMalaysia.
Menurut jurucakapnya, Datuk M Nizam Mahshar kerajaan baharu ini sewajarnya memperbetul dan menghasilkan impak yang sepatutnya dengan kejelasan polisi yang boleh dipertahankan secara telus dan terbuka.
"Apa yang dilihat ialah lantikan barisan Jemaah Menteri kali ini adalah sedikit ke belakang berbanding banyak negara serantau yang berani menukar dinamik pimpinan Kerajaan.
"Walau bagaimanapun, #KamiMalaysia masih mengharapkan agar Perdana Menteri masih boleh mempertimbangkan saranan untuk menubuhkan Majlis Pemulihan Kecemasan Negara sebagaimana yang disebut pelbagai pihak sebelum ini. ," memetik kenyataan itu.
BACA: 69 Menteri, Timbalan Menteri angkat sumpah di Istana Negara hari ini
BACA: Ahli Parlimen tiba untuk Istiadat Angkat Sumpah Kabinet
Menurutnya, majlis itu perlu dianggotai mereka yang pakar dalam bidang dan non-partisan serta profesional untuk membantu Jemaah Menteri mengendalikan isu-isu pandemik COVID19.
Malah, gerakan itu berpandangan bahawa majlis tersebut perlu mempunyai kuasa dan bidang kuasa bagi pengurusan dan pelan pemulihan pandemik selain tidak terganggu oleh campur tangan politik.
"#KamiMalaysia berpendirian, bagi mencapai hasrat ini, satu struktur pimpinan yang inklusif antara pelbagai pihak berkepentingan sama ada dari pihak kerajaan, swasta tempatan, NGO dan akademia adalah sangat penting.
LAYARI: Diari 100 Hari Kabinet Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob
BACA: PM jalani kuarantin kendiri, tidak hadir istiadat angkat sumpah Kabinet
Selain itu, beliau berkata #KamiMalaysia masih yakin dan bertegas untuk rakyat mengambil pengajaran dari episod krisis politik-pandemik ini dengan membersihkan naratif dan budaya politik negara.
Malah, perlu dipastikan bahawa lantikan pemimpin perlu kompeten, bermoral, berintegriti dan bebas segala skandal rasuah dan salah guna kuasa untuk memastikan ekonomi Malaysia lebih kukuh, mencapai potensinya yang sebenar dan kebajikan serta kemakmuran negara terjamin.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#KAMIMALAYSIA
#100 Hari Kerajaan
#Majlis Pemulihan Kecemasan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan