awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM jalani kuarantin kendiri, tidak hadir istiadat angkat sumpah Kabinet

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2021
06:10 MYT
PM jalani kuarantin kendiri, tidak hadir istiadat angkat sumpah Kabinet
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan ia selepas beliau perlu menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada pesakit COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Persekutuan.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan ia selepas beliau perlu menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada pesakit COVID-19.
"Sementara itu, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok (31 Ogos 2021), Perdana Menteri akan menyertainya secara maya," memetik kenyataan itu. DIARI 100 HARI KABINET ISMAIL SABRI
Istiadat di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu dijadual berlangsung jam 2.30 petang ini di Istana Negara.
BACA: Ucapan penuh Ismail Sabri: Pembentukan Kabinet baharu
Ismail Sabri mengumumkan barisan Kabinet baharu beliau pada 27 Ogos lalu.
Selain pulang ke kampung halaman di Temerloh pada hujung minggu lalu, beliau turut menghadiri program 1 juta dos vaksin COVID-19 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di ibu negara, pada Ahad.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#kuarantin kendiri
#COVID-19
#angkat sumpah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan