SHAH ALAM:Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa yang bermula hari ini antara perkara dijangka menjadi tumpuan di Dewan Rakyat.
Ia susulan Belanjawan 2021 peringkat dasar telah diluluskan di Parlimen pada Khamis lalu selepas mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen tanpa undian belah bahagi.
Dalam sesi tersebut, pembangkang dijangka memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk meneliti dan menyemak belanjawan itu memandangkan ia lebih spesifik melibatkan butiran peruntukan dan mengurus perbelanjaan kerajaan.
Perbahasan yang bermula hari ini sehingga 15 Disember 2020 akan dimulai oleh Kementerian Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum disusuli kementerian lain.
Mengikut proses peringkat jawatankuasa, sebaik selesai perbahasan oleh setiap kementerian, undian akan dilakukan bagi mendapatkan sokongan.
Dijangka Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang dipimpin Datuk Saifuddin Abdullah berdepan isu panas membabitkan jumlah peruntukan besar kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) atau kini dijenamakan semula sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).
Jelas rata-rata dalam perbahasan peringkat dasar sebelum ini telah menyaksikan isu berkenaan antara yang paling banyak dibangkitkan khususnya dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang.
Tugas getir pastinya menanti Saifuddin yang dijangka berdepan kritikan peruntukan RM85.5 juta untuk jabatan itu yang disifatkan terlalu besar.
Sentimen itu terus dimainkan oleh pembangkang sehingga kini berikutan jumlah yang banyak itu diberikan kepada J-Kom walaupun Malaysia sedang berdepan krisis ekonomi dan pandemik Covid-19.
Kebanyakan rakyat di peringkat akar umbi juga dilihat tidak bersetuju dengan jumlah dana yang diberikan kepada J-Kom.Justeru, tempoh perbahasan peringkat jawatankuasa perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua kementerian bagi meyakinkan semua ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang untuk menyokong Belanjawan 2021.
Banyak proses
Meskipun secara dasarnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh menarik nafas lega selepas berakhirnya hari penuh getir pada Khamis lalu, namun ia belum menjamin belanjawan sulung di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan diluluskan sepenuhnya kerana masih banyak proses yang perlu dilalui.
Peringatan itu turut diberikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan sebaik selesai pengundian Belanjawan 2021 peringkat dasar di Dewan Rakyat.
Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson memperincikan sebab pembangkang menyokong belanjawan tersebut tanpa meminta undi belah bahagi.
Katanya, ia bagi membolehkan pengumuman yang dibuat Tengku Zafrul dapat diteliti secara mendalam.
“Ahli-ahli Parlimen berhak mempersoal apakah peruntukan-peruntukan ini adalah tambahan kepada yang telah diumum atau terhasil daripada pemotongan mana-mana kementerian lain.
“Apakah jumlah sebenar belanjawan serta kesan terhadap situasi kewangan negara, selain isu golongan yang masih mendambakan bantuan seperti pemandu teksi, pengusaha kantin dan ramai lagi.
“Beberapa mekanisme termasuk berkenaan pengeluaran dana dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium bank juga perlu diteliti,” katanya.
Justeru, tumpuan rakyat pastinya terarah pada persidangan Dewan Rakyat pada hari ini bagi melihat bentuk pindaan yang mahu dilakukan blok pembangkang bagi memastikan belanjawan berjumlah RM322.5 bilion itu diluluskan.
Difahamkan, sukar bagi kerajaan meminda sesuatu belanjawan apabila ia telah lulus di peringkat dasar.
Bagaimanapun, dalam realiti politik kini, apa sahaja boleh berlaku.
Sinar Harian
Mon Nov 30 2020

Muhyiddin (tiga dari kanan) bersama Menteri Kewangan, Tengku Zafrul dan menteri-menteri Kabinet selepas ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat dasar pada persidangan Dewan Rakyat. - Bernama

COVID-19 | Tiada bukti penularan kes di New Zealand
Tiada sebarang bukti penularan COVID-19 susulan kes komuniti pertama yang dikesan pada Sabtu lalu selepas dua bulan tidak merekodkan sebarang kes positif.

PdPR | Program TV pendidikan mulai 27 Januari
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan slot program TV pendidikan akan disiarkan dalam program DidikTV@NTV7 mulai 27 Januari ini, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, ia sebagai usaha berterusan untuk menambah baik pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

10 Berita Pilihan - (26 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PdPR | Beri peluang pelajar, guru biasakan keadaan
Sehubungan itu, Pensyarah Kanan Kurikulum dan Pengajaran Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Fazilah Razali meminta agar semua pihak untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar serta guru membiasakan pendekatan tersebut.

Vaksin | Kerajaan akan peroleh vaksin buatan China, Rusia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menandatangani dokumen Terms Sheet dengan dua syarikat pembekal vaksin untuk perolehan sebanyak 18.4 juta dos vaksin. Perolehan melibatkan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. (PLS) dan Duopharma (M) Sdn. Bhd. itu akan meliputi 28.75 peratus dari populasi rakyat Malaysia.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/38631776961611677641288/1887331_8967789641611677752459_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021)

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hadid lantik Tan Sri Apandi Ali sebagai pengerusi baharu
Hadid yakin kehadiran Tan Sri Apandi akan meningkatkan prestasi perniagaan, dalam dan luar negara.

32 kakitangan Hospital Melaka disah positif COVID-19
Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan.

Permintaan kediaman di Selangor paling tinggi pada 2020, ramai berpindah ke kawasan pinggir bandar
Ia melibatkan empat jenis hartanah iaitu rumah teres, kondominium, kediaman servis serta apartmen.

Bantu pelajar B40, Inisiatif CERDIK dilancar Februari ini
Inisiatif CERDIK yang menyediakan akses digital iaitu komputer riba, tablet, dan penyambungan data kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah atau B40 akan mula dilancarkan Februari ini.

Malaysia dapat semula RM15.4 bilion tunai, aset 1MDB - Tengku Zafrul
Malaysia berjaya mendapatkan semula pemulangan aset syarikat One Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS 3.9 billion daripada Goldman Sachs Group Inc pada tahun lalu.

PKP 2.0: Kerugian lebih rendah berbanding PKP sebelum ini - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, buat masa ini, kerajaan berjaya mengekalkan unjuran perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Proklamasi darurat bukan untuk Muhyiddin beraja di mata, bukan sehingga kiamat - Bekas setiausaha politik Tun M
Proklamasi darurat yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong itu akan berakhir juga apabila sampai masanya nanti.

Pembinaan dewan masyarakat RM35 juta di Pagoh cetus persoalan
Pemeriksaan Astro AWANI mendapati dana itu diperuntukan untuk tiga projek dewan, dan menelan kos pembinaan sebanyak RM35,435,992.00.

MOF kaji tambah baik Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kajian tersebut dilakukan susulan pelaksanaan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara ketika ini.

Kerajaan terus laksana langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kerajaan akan terus melaksanakan langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 bagi memastikan Malaysia kekal di atas landasan pemulihan pada tahun ini.

Tempoh PKP jika dilaksanakan semula tidak perlu terlalu lama - Pakar
Kerajaan perlu memperhalusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri sahaja dan bukan seluruh negara.

Mencari keseimbangan di antara ekonomi dan kesihatan awam
Ketika kes COVID-19 terus melonjak dengan drastik di negara ini, setiap orang berada dalam keadaan yang pasti berharapkan kepada suatu yang terbaik.