KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat ahli politik muda berbakat yang boleh diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri.
Namun Ahli Parlimen Langkawi itu enggan menamakan ahli politik yang beliau maksudkan itu.
"Ada dalam arena politik memang ada yang berbakat, orang muda... tidak bolehlah kita tak boleh bagitau," dalam program Ruang Bicara dengan tajuk 'Mencari Malaysia Yang Lebih Baik' yang disiarkan di Bernama TV malam tadi.
Dalam temu bual itu juga Dr Mahathir menjelaskan beliau berhasrat menghalang wakil rakyat lompat parti sekiranya diberi peluang untuk menambah baik Perlembagaan Negara.
Beliau berkata dengan cara menghalang lompat parti, mana-mana wakil rakyat tidak boleh mengkhianati parti atau kerajaan yang mereka sertai.
Beliau menjelaskan apa yang berlaku masa ini terdapat wakil rakyat yang lompat parti kerana mengejar kedudukan sebagai menteri dan sebagainya.
"Mungkin kita haramkan lompat katak, no more lompat, anda lompat hilang jawatan, hilang keahlian dalam dewan dan itu akan hentikan mereka dari lompat sebab tidak jadi wakil rakyat tidak bolehlah jadi menteri.
"Itu kita boleh buat, tetapi yang lebih utama rakyat sekarang dikatakan 53 peratus bosan dengan politik sebab orang politik tidak kira lain untuk diri mereka saja," katanya lagi.
Disebabkan aktiviti lompat parti dan rasuah itu jugalah Pejuang ditubuhkan bagi memastikan wakil rakyat yang dipilih menumpukan tugas kepada agama, rakyat dan negara.
Dr Mahathir menjelaskan, Pejuang disertai oleh golongan professional dan orang muda yang tidak dikenali dalam bidang politik.
"Parti Pejuang ini bukan terdiri dari orang yang terkenal dalam politik, mereka adalah profesional yang sayang kepada negara.
"Kita uji mereka kenapa nak masuk Pejuang. Kalau nak jadi wakil rakyat, okay you can join other party. Dalam Pejuang kita bukan nak masuk sebab nak jadi wakil rakyat.
"Kalau tidak dipilih jadi calon pun akan sokong Pejuang, mereka ini semua angkat sumpah, pegang Quran angkat sumpah bahawa kami akan akur dengan perjuangan Pejuang," katanya.
Beliau menjelaskan kebanyakan mereka yang dipilih menyertai Pejuang adalah muka baharu yang tidak terpalit dengan sebarang masalah jenayah.
Irwan Muhammad Zain
Wed Aug 18 2021

Dr Mahathir menjelaskan, Pejuang disertai oleh golongan professional dan orang muda yang tidak dikenali dalam bidang politik. -Gambar fail

Proses pemutihan tahfiz bukti isu keselamatan tidak boleh dikompromi
Ibu bapa juga diingatkan tidak merisikokan nyawa anak-anak mereka dengan menyemak terlebih dahulu pusat tahfiz.

Ballon d'Or: Bonmati bagaikan Zidane wanita, kata Pauleta
Bonmati memenangi Anugerah Bola Emas selaku pemain terbaik dalam kejohanan Piala Dunia Wanita.

Jalan Sungai Besi ditutup secara berperingkat mulai 2 Okt
Penutupan jalan itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pelebaran, pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.

"Inilah manusia bila tak ada kerja sibuk iddah orang" - Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah beri amaran kepada bekas menantu pelakon Kazar Saisi untuk simpan duit bayar saman.

PM akui wujud keresahan kenaikan harga barang, MOF sedia tampung kesan kenaikan
MOF sedia menampung dan memberi bantuan tambahan bagi mengimbangkan kesan kenaikan harga barangan kepada rakyat.

Tiada caj dikenakan ke atas peniaga Duitnow QR pada masa ini - Maybank
Semua peniaga boleh terus menerima pembayaran Duitnow QR tanpa caj, seperti amalan hari ini, kata Maybank.

Mangsa banjir di Kedah meningkat ke 1,908 orang
Bilangan mangsa banjir di Kedah terus peningkatan apabila 1,908 mangsa daripada 576 keluarga dipindahkan di 15 PPS.

Rombakan Kabinet: "Saya terfikir... tapi tidak mendesak sangat" - PM Anwar
Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan akan membincangkan mengenai rombakan Kabinet ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Warga Indonesia maut insiden runtuhan struktur rumah
Kemalangan di tempat kerja itu berpunca akibat runtuhan struktur rumah ketika kerja-kerja pembaikan dilakukan.

Kementerian Kewangan akan pulangkan semula aset Tabung Haji - PM
Keputusan itu dibuat selepas MOF berpuas hati dengan prestasi kewangan TH yang semakin baik.

Saman Halim Saad: Tun M, dua pihak lagi diarah fail pembelaan
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memberi masa sehingga bulan depan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain, memfailkan pembelaan berhubung kes saman ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad.

'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'
Syed Saddiq bidas dakwaan beliau adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad susulan gesaannya kepada barisan kabinet untuk mengisytiharkan harta.

Tidak mustahil Pas kembali berkawan dengan DAP - Mat Sabu
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ia berlaku kerana Pas kini berkawan dengan musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin
Saifuddin tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir, berhubung kritikan yang disuarakan bekas perdana menteri itu kepada kerajaan.

Terlalu awal untuk hakimi Kerajaan Perpaduan gagal - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak menghakimi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam tempoh singkat ini sebagai 'gagal.'

PRU15: GTA pertaruh calon di 121 kerusi Parlimen
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali akan mencuba nasib di kerusi parlimen Rantau Panjang.

Isu Pulau Batu Puteh: Kemungkinan terdapat kecuaian Dr Mahathir - PM
Ia dikemukakan oleh Pasukan Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 30 September dan 7 Oktober lalu

Kerajaan pimpinan GTA hormat undang-undang, pemimpin bebas dari jenayah - Tun M
Tun M berpandangan GTA merupakan alternatif bagi pengundi yang sudah muak dengan UMNO dan BN.

Permusuhan golongan miskin dan kaya boleh jadi rusuhan berdarah jika dibiarkan - Tun M
Dr Mahathir berkata, perlu ada affirmative action untuk mengurangkan jurang pendapatan rakyat miskin dan kaya, seperti Dasar Ekonomi Baharu.

Dr Mahathir akui 'kagum' dengan Najib
Berbeza dengan UKSB, Dr Mahathir berkata, dana yang diterima Najib mempunyai paper trail dan digital footprint, malah terbukti di mahkamah.