awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kapal persiaran bawa lebih 120 penumpang terdampar di terumbu karang Papua New Guinea
Warga emas maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan di Rompin
Kadar kelahiran Jepun 2025 dijangka cecah paras terendah dalam sejarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Isu babit UPKO, Ewon tidak jejas kempen PH - Saifuddin

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
12/11/2025
06:30 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Isu babit UPKO, Ewon tidak jejas kempen PH - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menghormati keputusan berkenaan dan menganggap ia sebagai lumrah dalam politik. - Gambar/ Astro AWANI
LANGKAWI: Beberapa isu berbangkit terutama keputusan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH) tidak memberikan kesan kepada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 gabungan berkenaan.

Ringkasan AI
  • Keputusan UPKO keluar daripada PH tidak memberikan kesan kepada kempen PRN Sabah ke-17.
  • Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan keputusan itu sebagai lumrah dalam politik.
  • Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO memutuskan untuk keluar daripada PH serta-merta dan memaklumkan keputusan itu kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menghormati keputusan berkenaan dan menganggap ia sebagai lumrah dalam politik.
"Ia tidak (beri kesan kepada kempen PH di Sabah), tidak sama sekali, itu lumrah dalam politik... dinamik dalam politik, ada orang (atau pihak) pilih bersama kita... ada (juga) orang pilih tidak bersama kita. Itu (biasa) dalam politik dan dinamik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media perkembangan semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden bot karam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi pada Rabu.
Pada Isnin, Setiausaha Agung UPKO, Datuk Nelson W Angang mengumumkan bahawa parti berkenaan memutuskan untuk keluar daripada PH berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan itu dibuat hasil Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO dan ia dimaklumkan secara rasmi kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti-parti komponennya.
Sebelum ini, Datuk Ewon Benedick yang juga Presiden UPKO mengumumkan peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet Persekutuan atas dasar prinsip dan pendirian berkaitan pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November depan sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah, tarikh penamaan calon pula pada 15 November manakala tarikh pengundian awal pada 25 November membabitkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#UPKO
#PRN Sabah 2025
#Saifuddin Nasution
#Ewon Benedick
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan