Skip to main content

Malaysia

Azam Baki masih Ahli Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027 - Ketua Pengarah

KUALA LUMPUR, 7 April -- Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Azam Baki menyampaikan ucaptama pada Wacana Ilmiah Perdana di Pusat Perdagangan Putra Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini..  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kehadiran Azam dalam Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC pada 30 Jun lepas selaras dengan Akta 822 kerana beliau merupakan anggota Lembaga Penasihat NFCC yang sah, kata Ketua Pengarah NFCC, Shamshun Baharin Mohd Jamil. - Gambar fail Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) hari ini menjelaskan, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki merupakan anggota Lembaga Penasihat NFCC.

Ketua Pengarah NFCC, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil dalam kenyataan berkata, keanggotaan Azam adalah bagi tempoh tiga tahun mulai 20 Sept 2024 hingga 19 Sept 2027.

“Pelantikan tersebut dibuat atas kapasiti individu dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong. 

"Oleh itu, keanggotaan beliau dalam Lembaga Penasihat NFCC tidak terikat pada jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan kekal berkuat kuasa sehingga tamat tempoh pelantikan, melainkan ditamatkan lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Sehubungan dengan itu, kehadiran Azam dalam Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC pada 30 Jun lepas selaras dengan Akta 822 kerana beliau merupakan anggota Lembaga Penasihat NFCC yang sah,” katanya.

Semalam, media melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempersoalkan pelantikan Azam sebagai penasihat di NFCC.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement