Dr Ting Tiong Choon dari DAP hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut.
Mahkamah Persekutuan pada Selasa membuat keputusan itu susulan tindakan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang melucutkan kelayakan Ting kerana mempunyai dua kerakyatan.
Keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengembalikan semula Dr Ting sebagai ADUN Pujut diketepikan dalam keputusan majoriti tujuh-dua.
Mahkamah Persekutuan mendapati DUN Sarawak mempunyai kuasa untuk membatalkan kelayakan Dr Ting sebagai ahli kerana mempunyai dua kewarganegaraan meskipun beliau melepaskannya sebelum bertanding dalam pilihan raya negeri yang lalu.
BACA: PRK DUN Pujut dibatalkan - SPR
Pada 12 Mei 2019, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting pada persidangan DUN selepas usul dibentangkan oleh Datuk Seri Wong Soon Koh.
Dalam usul tersebut, Dr Ting didakwa memiliki kerakyatan Australia selain diisytiharkan muflis dua kali di negara berkenaan di bawah pihak berkuasa kewangan sekuriti Australia pada 24 Jun 2012 dan 11 September 2012.
Dr Ting juga dikatakan pengundi berdaftar di Australia sekali gus melanggar perkara 17(1)(g) perlembagaan Negeri Sarawak.
Astro Awani
Tue Feb 11 2020

Keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengembalikan semula Dr Ting sebagai ADUN Pujut diketepikan dalam keputusan majoriti tujuh-dua. - Gambar fail/Foto Facebook

Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 2021 mampu jimat kos, hukuman lebih adil
Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 dilihat mampu menjimatkan kos pengurusan penjara selain mewujudkan hukuman lebih adil kepada pesalah.

ASEAN55: Dasar tidak campur tangan perlu lihat keadaan semasa
Timbalan KSU (Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala) Kementerian Luar Negeri, Datuk Cheong Loon Lai melihat dasar tidak campur tangan ASEAN perlu diolah mengikut situasi terkini di rantau ini.

ASEAN55: Perkongsian kelebihan & kekurangan rapatkan jurang antara negara anggota
Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti & Sosial NADMA, Muhammad Fauzie Ismail melihat ASEAN berada di landasan betul dalam usaha kemanusiaan.

ASEAN55: Perlu ada keberanian untuk kaji semula dasar-dasar tertentu
Ketua Pegawai Eksekutif GPM Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berpendapat ASEAN perlu melihat semula kedudukan mereka menuju matlamat asal penubuhannya.

PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 20 pegawai kanannya berkuat kuasa 12 Sept ini.

Jangan gentar dengan ribut dan badai, kata PM Lee sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura ke-57
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengingatkan rakyatnya agar sentiasa kekal bersatu dan teguh.

Subsidi bersasar dilaksanakan apabila keadaan ekonomi mengizinkan - Tengku Zafrul
Keputusan memperkenalkan subsidi bersasar hanya akan dibuat setelah keadaan ekonomi mengizinkan iaitu apabila kadar inflasi dapat dikawal dengan baik.

JPJ rancang tindakan bersepadu tingkat intensiti penguatkuasaan pemeriksaan kenderaan perdagangan
Ia bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan terutama melibatkan kenderaan perdagangan.
![AWANI 7:45 [08/08/2022] - Kapal pertama LCS | Skandal LCS | Kerjasama politik DAP-UMNO? AWANI 7:45 [08/08/2022] - Kapal pertama LCS | Skandal LCS | Kerjasama politik DAP-UMNO?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981705/thumbnails/12745353021659965705660_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [08/08/2022] - Kapal pertama LCS | Skandal LCS | Kerjasama politik DAP-UMNO?
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar Tumpuan #AWANI745 malam ini: Rafizi dakwa Najib di sebalik penyelewengan LCS Peniaga patuh harga maksimum minyak masak, ada jual lebih murah DAP tidak tolak kemungkinan bekerjasama dengan UMNO #AWANInews #PolitikMalaysia

'Sumbat' vape di mulut bayi, seorang lelaki ditahan
Seorang lelaki yang bertindak meletakkan vape pada mulut bayi berusia 7 bulan dalam satu kejadian tular di media sosial sebelum ini, ditahan pihak polis.

Bekas ADUN Lumadan, Dayang Mahani Pengiran Ahmad Raffae meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Lumadan, Datuk Dayang Mahani Pengiran Ahmad Raffae dilaporkan meninggal dunia pada pukul 10.30 Jumaat malam.

Empat ADUN masih boleh bertugas - Chow Kon Yeow
Selagi Mahkamah Tinggi (Pulau Pinang) tidak membuat keputusan, mereka masih boleh menjalankan tugas sebagai ADUN seperti biasa.

Nasib 4 ADUN: Kerajaan negeri tunggu keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang - Ketua Menteri
Kerajaan negeri bertegas dalam mempertahankan mandat diberikan pengundi dan wakil rakyat yang dipilih mestilah bertanggungjawab.

Enakmen Antilompat Parti: Pulau Pinang bincang kedudukan 4 ADUN Jumaat ini
Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan nasib empat wakil rakyat negeri itu yang tidak lagi menyokong Pakatan Harapan (PH) dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Jumaat ini.

Banjir Johor: 'Tambah peruntukan khas PBT, tubuh jawatankuasa' - ADUN Puteri Wangsa
Amira Aisya mencadangkan agar peruntukan khas ditambah untuk bencana banjir kilat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

DUN Selangor lulus usul Rancangan Selangor Pertama
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul projek pembangunan Rancangan Selangor Pertama 2021-2025 (RS-1) berjumlah RM212.44 bilion.

PBM bincang kedudukan Paul Yong pada Jumaat
PBM akan memperhalusi kedudukan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, susulan sabitan salah merogol pembantu rumah.

Bersalah rogol pembantu rumah, Paul Yong dihukum penjara 13 tahun, dua sebatan
Hakim mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Nasib Paul Yong diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed dijadualkan menyampaikan keputusan di akhir kes pembelaan pada jam 10 pagi.

21 ADUN BN tak pernah tidak sehaluan dengan kepimpinan Sulaiman
10 daripada 21 ADUN yang dilantik sebagai Exco sedang merancang untuk memajukan Melaka di bawah kepimpinan Sulaiman.