Aplikasi Threads kini diikuti oleh 100 juta pengguna hanya dalam tempoh lima hari selepas dilancarkan.
Diperkenalkan oleh Meta sebagai pesaing Twitter, Threads menewaskan rekod instrumen ChatGPT oleh kecerdasan buatan (AI) sebagai aplikasi pengguna yang berkembang dengan pantas sekali gus.
ChatGPT mengambil masa hampir dua bulan untuk mendapatkan 100 juta jumlah pengguna, manakala, aplikasi TikTok pula mengambil masa sembilan bulan sementara Instagram pula hanya berpeluang menerima jumlah pengikut yang sama selama dua tahun setengah selepas dilancarkan pada tahun 2010.
Threads dilancarkan di aplikasi Apple dan Android di 100 buah negara pada minggu lalu, namun, ia tidak mempunyai akses di negara-negara Eropah berikutan dibatasi masalah undang-undang yang sedang dihadapi oleh pejabat induknya, Meta berhubung perundangan privasi dengan Kesatuan Eropah.
Twitter pula dianggarkan memiliki sekitar 200 juta pengguna tetap, namun, ia kerap kali mengalami masalah teknikal khususnya selepas bilionair Elon Musk membeli platform tersebut tahun lalu dan memberhentikan ribuan kakitangannya.
Musk yang juga pemilik Tesla dan SpaceX telah memperkenalkan banyak peraturan termasuk mengenakan biaya yang sebelum itu ditawarkan percuma selain mengenakan tindakan akaun dilarang aktif di platform tersebut.
Sebetulnya, terdapat beberapa pesaing lain yang muncul, tetapi sebagian besar daripada adalah platform kecil yang tidak memiliki keupayaan untuk tumbuh pada skala yang diperlukan untuk menggulingkan Twitter.
Berbeza dengan Threads yang ‘beruntung’ kerana mempunyai akses secara langsung dengan Instagram yang memiliki lebih daripada satu bilion pengguna di seluruh dunia.
Musk baru-baru ini telah mengancam akan mendakwa Meta atas tuduhan merompak rahsia dagangan dan harta intelek, iaitu dakwaan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh syarikat yang turut menjadi pemilik Facebook dan WhatsApp itu.
Bukan itu sahaja, Musk juga berhadapan ‘konflik’dengan Mark Zuckerberg yang juga pemilik Meta dengan kedua-duanya saling mengajak bertarung dalam sebuah pertarungan baru-baru ini. - Agensi
Agensi
Tue Jul 11 2023
Aplikasi Threads kini diikuti oleh 100 juta pengguna hanya dalam tempoh lima hari selepas dilancarkan.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Thread uji bayar penghasil kandungan dalam platform
Menerusi program Threads Bonus, kandungan yang menerima 2,500 tontonan akan diberikan bayaran.
Threads akhirnya dilancarkan di Eropah
Setakat ini Threads dikatakan mempunyai 100 juta pengguna aktif bulanan.
Threads bakal dilancar di Eropah bulan ini, tanpa keperluan mempunyai profil
Eropah ialah pasaran yang besar dan jika Threads dilancarkan jumlah pengguna aktif bulanan dapat ditingkatkan oleh Meta.
Burung biru Twitter akan hilang tidak lama lagi
Pemilik Twitter, Elon Musk berhasrat ubah logo Twitter kepada huruf "X".
Semakan fakta di platform Threads belum dilaksanakan - Eksekutif Meta
Josh Machin memberitahu jawatankuasa Parlimen di Australia bahawa pihaknya masih belum memutuskan waktu yang tepat bagi pelaksanaan semakan fakta di platform Threads.
Threads tunjuk 'taring', kumpul 100 juta pengikut dalam masa lima hari
Pesaing Twitter itu disifatkan sebagai aplikasi pengguna yang berkembang dengan pantas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Threads capai lima juta pendaftaran dalam tempoh empat jam
HANYA selepas empat jam Meta melancarkan aplikasi Threads, platform media sosial baharu itu berjaya mencatatkan lima juta pendaftaran.