awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada agenda terima anggota Parlimen UMNO sertai bersatu - Mukhriz

Bernama
Bernama
30/10/2018
22:14 MYT
Tiada agenda terima anggota Parlimen UMNO sertai bersatu - Mukhriz
Mukhriz menjelaskan, penerimaan Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam Bersatu melibatkan pertimbangan dan syarat yang perlu dipenuhi. - Gambar fail
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi susulan keputusan menerima anggota Parlimen UMNO menyertai parti itu.
Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau melihat suasana itu tidak melanggar sebarang konsep demokrasi yang diamalkan di negara ini.
"Tak ada undang-undang yang menghalang sesiapapun dari kalangan anggota Parlimen ini untuk tukar parti, jadi kalau ada orang yang berminat tukar parti kita perlu benarkan, kita tak boleh menolak permohonan mereka itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Bersatu mempunyai agenda tertentu kerana menerima anggota Parlimen UMNO masuk ke dalam parti itu termasuk Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mengakui keputusan Bersatu itu mendapat tentangan beberapa pihak, beliau menjelaskan bahawa penerimaan itu melibatkan pertimbangan dan syarat yang perlu dipenuhi.
"(Kita) bukan pelawa. Kita dah keluarkan kenyataan sebelum ini sekiranya ada di kalangan anggota Parlimen khususnya UMNO yang berminat sertai Pakatan Harapan (PH) melalui Bersatu kami alu-alukan tetapi adalah syarat tertentu yang perlu dipenuhi sebelum boleh dipertimbangkan," katanya.
Ditanya sama ada terdapat anggota Parlimen UMNO yang berjumpa beliau dan menyatakan kesediaan untuk menyertai Bersatu, Mukhriz tidak menafikan perkara itu, namun menyatakan beliau tidak pasti berapa ramai antara mereka yang berminat dan benar-benar mahu menyertai Bersatu.
Beliau turut menjelaskan Bersatu tidak akan mempertimbangkan beberapa nama-nama besar dan pemimpin kanan UMNO untuk menyertai parti itu dan mereka sendiri tidak menyatakan minat untuk bersama.
Mengenai pelawaan Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk Mukhriz dan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir menyertai UMNO kembali kerana menyifatkan Bersatu tiada masa depan, beliau berkata ia perkara yang tidak masuk akal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agenda tersembunyi
#ahli Parlimen
#Bersatu
#Mukhriz Mahathir
#Mustapa Mohamed
#Pakatan Harapan
#pertimbangan
#PPBM
#syarat
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan