awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keperluan tarik balik tuduhan UMNO parti kafir - Ahmad Samsuri

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
12/09/2019
10:20 MYT
Tiada keperluan tarik balik tuduhan UMNO parti kafir - Ahmad Samsuri
AHMAD SAMSURI: Pas tidak pernah kata UMNO kafir, sama ada dulu atau sekarang.
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kenyataan itu tidak pernah keluar daripada mulut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Ahmad Samsuri, Pas lebih mengutamakan kerjasama dengan UMNO melalui pemeteraian piagam dan memorandum persefahaman (MoU) pada 14 September depan dan tidak tergugat dengan pihak yang berusaha untuk menggagalkanya.
“Fakta pertama yang perlu difahami ialah Pas tidak pernah kata UMNO kafir. Sama ada dulu atau sekarang, kalau individu-individu yang bercakap dan sebagainya, pada saya, Datuk Seri Abdul Hadi sendiri ucapan dia tak pernah sebut pun perkara demikian.
“Yang kedua, apa yang disebut oleh YAB Tun (Mahathir) dan sesiapa sahaja dalam ruang lingkup masing-masing yang dibenarkan dalam perlembagaan Kalau ia satu perkara yang tidak betul, maka pihak yang sebut itu haruslah bertanggungjawab dengan ucapan mereka.
“Jadi kita tak boleh halang orang nak bagi pandangan atau bagi apaa-apa jua komen. Pada saya itu sudah luar daripada topik yang sebenar iaitu isu kerjasama antara Pas dan UMNO ini kita lebih berminat untuk lihat pada masa depan,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi walk through bengkel Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Promenade, di Kuala Terengganu pada Khamis.
Ahmad Samsuri berkata, tumpuan adalah ke arah memperkukuh kerjasama dan usaha penambahbaikan menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang .
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini berkata Pas sejak dahulu menuduh UMNO sebagai parti kafir dengan kenyataan dalam ‘Amanat Haji Hadi’ menyebabkan kerjasama baharu antara mereka sukar dilaksana.
Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, Abdul Hadi perlu meminta maaf secara terbuka kepada UMNO kerana mengkafirkan parti itu sebelum membuat perjanjian baharu.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#amanat haji hadi
#kerjasama politik
#ktcc
#ktcc promenade
#Kuala Terengganu
#PAS
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan