awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada majoriti bentuk kerajaan, serah pada Dewan Rakyat - Tun M

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
27/02/2020
10:10 MYT
Tiada majoriti bentuk kerajaan, serah pada Dewan Rakyat - Tun M
Semalam, Dr Mahathir mengesyorkan penyelesaian dibuat melalui pembentukan satu kerajaan campuran yang tidak memihak mana-mana parti politik. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Kecelaruan politik negara yang masuk hari kelima belum terungkai dengan tanda tanya siapa bakal Perdana Menteri kelapan untuk membentuk kerajaan masih belum terjawab.
Namun, Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui tiada pihak yang memperolehi majoriti untuk membentuk satu kerajaan ketika ini.
Hal itu adalah susulan pertemuan Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan kesemua 221 Ahli Parlimen yang mendapati bahawa tiada calon pilihan majoriti yang mampu diangkat sebagai Perdana Menteri.
“Hasil temu bual khas yang diadakan tersebut, tiada calon yang memperoleh sokongan majoriti.
“Baginda bertitah bahawa langkah seterusnya perlu dibawa dalam sidang Dewan Rakyat yang akan diadakan pada 2 Mac ini bagi menentukan siapa yang memperolehi sokongan majoriti untuk dijadikan Perdana Menteri,” kata Dr Mahathir dalam satu sidang media sempena Majlis Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di sini, pada Khamis.
Bagaimanapun, Dr Mahathir menjelaskan bahawa sekiranya pemilihan menerusi Dewan Rakyat itu tidak juga berhasil, Malaysia bakal mengadakan pilihan raya umum.
Semalam, Dr Mahathir mengesyorkan penyelesaian dibuat melalui pembentukan satu kerajaan campuran yang tidak memihak mana-mana parti politik.
Syor itu disuarakan Dr Mahathir dalam satu perutusan khas yang disiarkan secara langsung dari Putrajaya, bersama kesediaan beliau untuk kembali memimpin negara sekiranya masih mendapat sokongan.
BACA: Tindakan PM Interim mendahului titah Agong adalah tidak wajar - PH
“Keputusan pertemuan itu, Baginda tidak menemui satu pihak yang mempunyai majoriti. Oleh itu, langkah seterusnya ialah melalui Parlimen.
“Dewan Rakyat akan menentukan siapa yang mendapat majoriti dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.
“Jika Dewan Rakyat gagal menentukan majoriti, langkah seterusnya ialah pilihan raya umum.
“Jika yang mendapat majoriti tidak terikat dengan mana-mana parti, maka sebuah parti boleh ditubuhkan dan semua parti politik boleh mempunyai wakil dalam Kabinet,” kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#calon
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#kabinet
#letak jawatan
#Mahathir letak jawatan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Malaysia 2020
#menteri
#Parlimen
#pemilihan
#Perdana Menteri
#Perdana Menteri Interim
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#politik
#Putrajaya
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan