awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penantian tujuh beradik miliki kad pengenalan berakhir
Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada masa depan untuk parti Islam yang bersikap ekslusif - Dr Maszlee Malik

Haider Yutim
Haider Yutim
04/11/2014
05:00 MYT
Tiada masa depan untuk parti Islam yang bersikap ekslusif - Dr Maszlee Malik
DR MASZLEE: Golongan Muslim demokrat harus bersikap lebih inklusif. Foto Astro AWANI
Parti politik Islam yang bersifat ekslusif dan bersendiri tidak mempunyai masa depan, kata Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.
Katanya, golongan Muslim demokrat harus bersikap lebih inklusif dan turut serta dalam masyarakat global untuk masa depan negara yang lebih baik.
Selain itu, kata Dr Maszlee parti politik Islam perlu membuat keputusan sama ada hendak memperjuangkan Islam berdakwah atau berpolitik.
"Sekali anda meletakkan Islam dalam politik, anda akan mewujudkan lebih ramai musuh berbanding rakan," katanya dalam sesi forum Demokrat Islam Sedunia pada Isnin.
Menurut beliau, masa depan bukan lah terletak pada parti politik Islam, tetapi pada masyarakat yang terbuka dan golongan Islam demokrat tidak harus bersikap ekslusif.
Katanya lagi, adalah lebih baik jika mereka tidak mencampuradukkan antara dakwah dengan politik.
Namun begitu, Dr Maszlee mengakui bahawa PAS merupakan sebuah parti politik Islam yang inklusif kerana kerjasama dengan parti-parti lain di dalam Pakatan Rakyat.
Perkara itu turut diakui Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang mengatakan bahawa PAS sememangnya sebuah parti yang inklusif serta memegang kepada konsep tahaluf siyasi.
Topic Berkaitan
#Demokrat
#Dr Maszlee Malik
#ekslusif
#inklusif
#parti Islam
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan