Tiada paksaan untuk mana-mana individu menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB), kata Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.
Tegas Mujahid, keputusan untuk menyertai GHB itu terpulang kepada hak individu itu sendiri.
"Yang itu kita serah kepada kawasan.
"Benda ini tidak ada paksaan apa-apa. Kalau kawasan atau cawangan itu merasakan mereka nak menyertai GHB maka prosesnya sudah tentulah kalau mereka nak menyertai sekarang, kalau ikut undang-undang, tidak ada masalah melainkan kalau esok mereka ikut parti politik.
"Kalau ikut parti politik automatik akan gugurlah, cuma mereka nak umum keluar itu terpulang kepada cawangan masing-masing, kawasan masing-masing," ujarnya dalam sidang media program perhimpunan ahli-ahli GHB di sini hari ini.
GHB kini jelasnya sedang giat membuat persediaan rapi untuk menubuhkan parti baharu itu.
Namun, GHB tidak melakukan sebarang kempen bagi meraih ahli baru sebaliknya lebih memfokuskan kepada pelantikan jawatankuasa struktur yang akan menerajui parti itu kelak.
"Saya berani jangkakan buat masa ini kami tidak berkempen. Kami cuma tubuhkan jawatankuasa struktur tanpa kempen apa-apa, itu pun ramai dah berminat.
"Apabila kami buat dialog dua hari sudah di Tasek Gelugor, maknanya dalam dialog kami tu, kami tidak paksa apa-apa, tapi depa (mereka) tanya, ada sesetengah mereka terus menyertai," ujarnya.
Beliau juga optimis jumlah ahli akan terus meningkat apabila parti itu dilancarkan secara rasmi kelak.
"Saya rasa mungkin itu mereka lebih nampak, jadi dia punya keinginan untuk menyertai atau tidak menyertai," tambahnya lagi.
Sehingga kini ahli GHB Pulau Pinang sudah mencecah 1,000 orang.
Astro Awani
Fri Aug 21 2015

Tegas Mujahid, keputusan untuk menyertai GHB itu terpulang kepada hak individu itu sendiri. - Gambar Fail

COVID-19 | Aktiviti waktu malam di London kembali normal
Aktiviti bersosial di kota London kembali dirasai apabila orang ramai mula berpusu-pusu ke restoran dan kafe di ruangan luar kedai pada Selasa. Mereka yang memeriahkan suasana, memenuhi jalanan di pusat tumpuan di kota London seperti Soho dan Chinatown, dengan pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Bisnes | Grab bakal disenaraikan di Amerika Syarikat
Syarikat Start-Up paling bernilai Asia Tenggara, Grab Holding Inc, bakal disenaraikan di Amerika Syarikat menerusi penggabungan dengan sebuah syarikat tujuan khas pemilikan Altimeter Growth Corp. Syarikat itu dijangka merekodkan nilai 39.6 billion menerusi penyenaraian itu.

COVID-19 | Solat jemaah di Mekah pada hari pertama Ramadan
Kemeriahan bulan Ramadan tahun ini turut dirasai di Mekah, Arab Saudi apabila jemaah dapat kembali menunaikan solat fardhu termasuk solat terawih secara berjemaah.

COVID-19 | Indonesia sambut Ramadan dengan kelonggaran SOP
Umat Islam di Indonesia menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan kes COVID-19 terus mencatatkan pertambahan ketika beberapa perintah sekatan dilonggarkan. Kini, masjid dibuka semula untuk solat terawih dengan kawalan SOP yang ketat, serta pusat beli-belah dibenarkan beroperasi selepas beberapa bulan ditutup.

COVID-19 | Bazar Ramadan di Kedah dibuka ikut ketetapan SOP
Kebenaran untuk Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri kembali beroperasi tahun ini selepas kali terakhir pengoperasiannya pada 2019 memberi makna besar kepada pelbagai pihak terutamanya golongan peniaga di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Tinjauan Astro AWANI Kedah di Bazar berkenaan mendapati, wujud kelainan penganjuran bazar tahun ini berbanding tahun sebelum ini terutama membabitkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

COVID-19 | PKPD di empat kampung di Temerloh
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat perkampungan di daerah Temerloh, Pahang bermula dari 14 April hingga 27 April 2021. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia melibatkan Kampung Paya Pulai Tengah, Kampung Pulau Terap, Paya Pulai-Kampung Batu 4 dan Paya Pulai-Kampung Batu 5, Jalan Maran.

Hujan Lebat | KL dilanda banjir kilat, jalan sesak teruk
Hari pertama Ramadan di sekitar ibu negara mungkin tidak selancar seperti diharapkan apabila berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan. Ia sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas selepas beberapa lokasi dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan sejak 4.30 petang Selasa.

Pelanggaran SOP | SIC diarah tangguh semua Kejohanan Drag
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengarahkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk menangguhkan sebarang Kejohanan Drag buat sementara waktu. Ia susulan insiden kekecohan dan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika ‘MUSC SIC Sepang Drag Cars Test Tune 2021’, pada Jumaat.

Vaksinasi COVID-19 | Vaksin tambah keyakinan Farah Ann bertanding
Farah Ann berkata, beliau berasa lebih lebih selesa dan selamat untuk bersaing dalam Piala Dunia Gimnastik Artistik di Mesir pada Jun ini berbekalkan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech yang diterimanya pada Selasa.

Penuntut Malaysia meninggal dunia di UK selamat disemadikan di Seremban
Jenazah Allahyarham yang berusia 36 tahun itu disemadikan kira-kira jam 10 malam dengan dihadiri isterinya, Nazihawati Mohiddin dan dua anaknya serta lebih 50 ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Hubungan dingin PKR dan Amanah sulitkan kerjasama Pakatan 2.0
Harapan pemimpin Amanah dan DAP untuk melihat kerjasama baharu ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama sebaiknya daripada PKR tidak seperti diharapkan.

Parti Amanah Negara jadi wadah politik GHB
GHB mengambil alih dan menjenamakan semula Parti Pekerja -Pekerja Malaysia selepas permohonan untuk meletakkan nama Parti Progresif Islam (PPI) ditolak Kementerian Dalam Negeri.

Bersih 4: Kehadiran Dr Mahathir amat mengejutkan - Mohamad Sabu
Mohamad turut menyifatkan kehadiran Dr Mahathir disebabkan, bekas perdana menteri itu risau berkenaan situasi politik semasa negara.

Tiada paksaan sertai GHB - Dr Mujahid
Tiada paksa untuk mana-mana individu menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB), kata Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.

GHB bawa gagasan Islam yang lebih mesra - Maszlee Malik
Gerakan Harapan Baru (GHB) bukan kumpulan serpihan sebaliknya ia membawa satu idea dan meneruskan gagasan PAS suatu ketika dahulu.

18 AJK PAS kawasan Shah Alam letak jawatan
18 Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Shah Alam meletak jawatan dan dijangka akan menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB).

PAS tentukan nasib anggotanya terlibat GHB 11 Sept ini
Nasib anggota dan pemimpin PAS yang dipercayai terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) akan ditentukan dalam mesyuarat parti itu 11 Sept ini.

GHB sedia kerjasama dengan PAS jika ada keperluan - Salahuddin
Gerakan Harapan Baru sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk PAS jika wujudnya keperluan di dalam Pakatan Rakyat 2.0 nanti.

GHB: Mohamad Sabu enggan sahkan penyertaan Nik Omar Nik Aziz
Pengerusi parti baharu itu berkata beliau akan menyemak semula dan akan membuat pengesahan berhubung penyertaan anak Allahyarham Nik Aziz itu.

Harapan baru, masalah lama - S. Arutchelvan
Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S. Arutchelvan memberi pandangan beliau mengenai kebangkitan pakatan pembangkang baru bagi menggantikan Pakatan Rakyat.