KUALA BERANG: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan wujud 'perang dingin' antara pimpinan kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan.
Ia susulan ketidakhadiran beliau dan barisan pemimpin negeri pada program lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Terengganu, Khamis lalu.
Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerajaan pusat dan bersedia memberikan kerjasama dalam apa juga urusan terutama yang melibatkan kepentingan bersama.
"Apa yang berlaku ialah masalah komunikasi dan saya pun tak mahu panjangkan masalah ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kunci Rumah Mampu Milik (RMM) Tajin Sejahtera di Kampung Tajin, Hulu Terengganu, di sini, hari ini.
Menurutnya, beliau dan pemimpin negeri tidak hadir ke program lawatan tersebut kerana tidak dimaklumkan bahawa terdapat urusan khusus yang melibatkan kerajaan negeri dalam program lawatan Perdana Menteri, tersebut.
Sehubungan itu, Ahmad Samsuri berkata pihaknya hanya menyalurkan bantuan dari aspek logistik serta pengangkutan seperti yang diminta oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO).
"Amalan sebelum ini ialah apabila PMO menghubungi kerajaan negeri untuk apa juga urusan, kita dimaklumkan dengan jelas apa tujuan kedatangan dan siapa yang dilibatkan.
"Tetapi dalam kunjungan Perdana Menteri baru-baru ini, saya tak dimaklumkan ada urusan khusus dengan kerajaan negeri. Oleh kerana itu, kita hanya membantu dari segi logistik dan pengangkutan... tidak diminta lain daripada itu," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata setakat ini kerajaan negeri juga belum dipanggil untuk sebarang mesyuarat rasmi dengan kerajaan pusat.
Bagaimanapun, beliau dijangka menghadiri majlis syarahan amanat Perdana Menteri bersama ketua kerajaan negeri dan menteri-menteri Kabinet, Khamis ini di ibu negara.
"Saya difahamkan negeri-negeri lain juga belum dipanggil untuk sebarang mesyuarat dengan perdana menteri, yang ada pada Khamis ini dijemput semua menteri besar bersama menteri Kabinet untuk hadir pada majlis syarahan amanat Khamis ini di Kuala Lumpur," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi menyiasat dakwaan UMNO Terengganu bahawa berlaku pengagihan wang secara berleluasa oleh PAS kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), November lalu.
"Itu adalah hak yang diberi dalam undang-undang PRU kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dalam apa juga alasan.
"Petisyen akan diuruskan dengan cara undang-undang oleh semua pihak," katanya.
Pada 3 Jan lalu, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memfailkan petisyen memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU15 melibatkan Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.
Menurut Ahmad, petisyen yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu itu dibuat kerana beliau mendakwa berlakunya pengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan Parlimen berkenaan.-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan wujud 'perang dingin' antara pimpinan kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan. - Gambar fail/BERNAMA
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
PRK Kemaman: Kemenangan Pas petanda pengundi beri 'isyarat' tolak parti lawan - Samsuri
Ahmad Samsuri tidak hanya akan fokus pada Parlimen Kemaman sahaja, bahkan akan turut beri perhatian serius pada seluruh negeri Terengganu.
Perbezaan politik tidak halang bincang isu negeri - Anthony
Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa landskap politik di Malaysia sudah berubah, kata Anthony.
Ahmad Samsuri mula tugas sebagai MB Terengganu hari ini
Ahmad Samsuri mempertahankan kerusi DUN Ru Rendang pada PRN Terengganu untuk dua penggal berturut-turut.
Portfolio 10 Exco Terengganu diumum Rabu - MB
Portfolio 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu akan diumumkan pada Rabu.
Ahmad Samsuri angkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu
Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua hari ini.
Bonus Aidilfitri RM700 buat penjawat awam Terengganu - MB
Pemberian Bantuan Khas Aidilfitri itu membabitkan peruntukan hampir RM9 juta akan dibayar tidak lama lagi.
Tiada 'perang dingin' antara kerajaan Terengganu dan pusat - MB
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan wujud 'perang dingin' antara pimpinan kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan.
PasLeak: Saya belum dipanggil, bersedia beri keterangan - Ahmad Samsuri
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar bersedia memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung dokumen 'PasLeak' yang tular.
Kerajaan Terengganu harap terima baki hutang kerajaan pusat secara tunai
Kerajaan Terengganu berhasrat untuk mendapatkan bayaran balik baki hutang daripada kerajaan Persekutuan dalam bentuk tunai dan bukannya melalui pembangunan projek-projek di negeri itu.
Kerajaan Terengganu hargai sokongan untuk tidak bubar DUN
Ahmad Samsuri berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan kerajaan negeri dapat memberi fokus kepada isu-isu rakyat yang menjadi keutamaan.