SANDAKAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak akan dibubarkan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen tahun ini, tegas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, hal ini kerana kerajaan negeri yang dipimpin beliau masih mempunyai tiga tahun lagi untuk berkhidmat bagi melengkapkan satu penggal.
"Bagaimanapun, ada yang mengatakan DUN Sabah (dibubarkan) ini tidak benar kerana kita masih mempunyai tiga tahun lagi untuk mentadbir negeri ini.
"Ada pihak yang mendakwa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan Oktober ini dan ada yang mengatakan ia akan diadakan tahun depan tetapi apa sahaja yang GRS sudah bersedia," katanya.
Beliau berkata demikian pada Jelajah GRS Batu Sapi yang diadakan di Flat MPS, Kampung Lupak Meluas Darat, Sandakan pada Ahad.
Hajiji turut mendedahkan semua parti komponen dalam gabungan itu bersetuju untuk menggunakan lambang GRS dalam Pilihan Raya Umum Ke-15
Katanya, persetujuan itu diperoleh termasuk daripada Bersatu dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Hajiji dalam masa sama memaklumkan, kerajaan GRS-Barisan Nasional meraikan ulang tahun keduanya esok (26 Sept).
"Apa yang penting ialah kita terus memperkukuhkan GRS, gabungan yang mewakili rakyat berbilang kaum dan agama di Sabah," katanya.
Astro Awani
Sun Sep 25 2022

Beliau berkata demikian pada Jelajah GRS Batu Sapi yang diadakan di Flat MPS, Kampung Lupak Meluas Darat, Sandakan pada Ahad.

Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.

THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Tiada Pilihan Raya Negeri Sabah jika Dewan Rakyat dibubarkan tahun ini - Hajiji
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak akan dibubarkan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen tahun ini.

Ketua Menteri setuju kerajaan Sabah dikenali sebagai GRS-BN
Beliau bersetuju dengan cadangan Bung Moktar baru-baru ini untuk merujuk kerajaan Sabah sebagai GRS-BN.

'Internet tak lupa' - Najib dakwa Muhyiddin cuba manipulasi fakta PRN Sabah
Najib dakwa, Muhyiddin tidak cakap benar tentang soal pencalonan Ketua Menteri selepas gabungan mereka bersama-sama memenangi PRN Sabah.

PRN Melaka: Kerajaan digesa pertimbang ceramah secara maya
Kerajaan seharusnya melarang sebarang bentuk ceramah politik atau aktiviti berkumpul secara beramai-ramai sehingga Pilihan Raya Negeri Melaka selesai.

PRN Melaka: Ambil iktibar Sabah, kempen fizikal berpotensi cetus gelombang COVID-19 - Penganalisis
Apa yang berlaku ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah wajar dijadikan iktibar buat golongan ahli politik.

Jangan malu memakai baju warna merah dan mengaku ahli UMNO - Mahdzir Khalid
Kesetiaan ahli akar umbi yang kekal bersama perjuangan UMNO biarpun diuji dengan situasi kehilangan beberapa pemimpin amat dihargai pucuk pimpinan parti.

PRN Melaka: Pengundi harap SOP lebih ketat demi keselamatan rakyat
Rakyat Melaka harap pihak berkuasa akan beri tumpuan sepenuhnya pada SOP yang ketat bagi mengelakkan kejadian PRN Sabah kembali berulang.

PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Agong tanya bila waktu sesuai adakan PRU15 - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bertanya kepadanya mengenai waktu yang sesuai bagi negara mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRN Sarawak: Tidak mahu pisang berbuah dua kali
Penangguhan PRN Sarawak sehingga 1 Ogos depan disifatkan sebagai keputusan tepat dalam mengelakkan insiden pisang berbuah dua kali.