awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada timbalan menteri, Mohd Na'im hormati keputusan PM

Bernama
Bernama
10/12/2022
08:22 MYT
Tiada timbalan menteri, Mohd Na'im hormati keputusan PM
Mohd Na'im berkata ketiadaan timbalan menteri tidak membantutkan usahanya menerajui dan menjaga hal ehwal berkaitan agama Islam di dalam negara. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menghormati keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengumumkan pelantikan jawatan timbalan menteri di bawah portfolio itu.
Bercakap kepada media di sini, Mohd Na'im berkata ketiadaan timbalan menteri tidak membantutkan usahanya menerajui dan menjaga hal ehwal berkaitan agama Islam di dalam negara.
"Kuasa lantikan di bawah Perdana Menteri, saya hormati apa diputuskan Perdana Menteri, sebelum ini pun saya ada sebut ini tanggungjawab besar dan amanah besar, maka akan jadi lebih besar dengan ketiadaan timbalan menteri.
"Kita akan cuba sebaiknya dan pikul (tanggungjawab), saya tengok ada kebaikan seolah-olah portfolio agama ini penjawat awam yang gerakkan. Insya-Allah jika kita berjaya gerak (portfolio ini), ia jadi satu isyarat jelas kemampuan penjawat awam," katanya selepas merasmikan Munaqasyah Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) 2022 di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
[LAPOR LANGSUNG] Senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan diumum
Semalam, Anwar mengumumkan pelantikan 27 timbalan menteri, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam pengumuman itu, Anwar tidak menyenaraikan dua timbalan menteri iaitu di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kementerian Perpaduan Negara.
Sementara itu, semasa berucap Mohd Na'im berharap agar SDK dapat melahirkan produk-produk dakwah korporat yang berimpak tinggi dan menjadi 'barisan hadapan' yang akan mengangkat imej serta prestij pengurusan gerak kerja dakwah negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Menteri
#Mohd Na'im Mokhtar
#Menteri Hal Ehwal Agama
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan