KUALA LUMPUR: Tiada sebarang usul memutuskan hubungan dengan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN) membuktikan akar umbi Pas yakin dengan kerjasama dua parti terbesar orang Melayu, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Mohamed Nazri menjelaskan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tentang perwakilan muktamar parti itu menekankan kepentingan untuk memperkasakan penyatuan ummah juga memberi isyarat jelas akar umbi parti yang mendakwa berjuang untuk Islam litu lebih selesa bekerjasama dengan UMNO.
“Saya menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Takiyuddin mengenai tiada usul untuk memutuskan kerjasama dengan UMNO melalui MN.
“Pada saya itu adalah isyarat jelas akar umbi Pas yang sudah lama mahu melihat UMNO dan Pas bekerjasama kerana hanya dua parti ini sahaja dilihat mewakili orang Melayu manakala parti lain hanyalah parti serpihan yang tidak mempunyai hala tuju jelas.
“Saya berpendapat amat wajar untuk kepimpinan Pas melihat hasrat akar umbi parti mereka yang masih mahu MN diteruskan demi perpaduan ummah.
“Secara peribadi juga saya tetap dengan semangat MN biarpun tidak ada sebarang resolusi baru dibuat tentang kerjasama dua parti utama orang Melayu ini,” katanya kepada Astro AWANI.
Beliau turut menegaskan bahawa bukti nyata keupayaan MN ialah Barisan Nasional (BN) dalam tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK) dan dua Pilihan Raya Negeri (PRN).
Katanya menerusi tujuh PRK sebelum 2020, sejarah tercipta apabila penyokong Pas keluar memberi undi kepada UMNO dan BN seterusnya memberi kemenangan bergaya kepada calon pilihan mereka.
“Di PRN Melaka dan Johor juga kita dapat tahu ramai penyokong Pas memberikan lundi kepada calon UMNO dan BN biarpun parti itu memilih untuk bersama Perikatan Nasional (PN).
“Ini sewajarnya dilihat sebagai akar umbi menolak PN dan lebih yakin dengan MN, lebih selesa melihat UMNO dan Pas bekerjsama, bukan parti lain.
“Keputusan di tujuh PRK dan dua PRN itu juga bukti pengundi Melayu Islam menerima baik kerjasama Pas dan BN,” katanya lagi.
Pada Sabtu, Takiyuddin mengesahkan usul memutuskan hubungan dengan UMNO melalui MN tidak diterima dari mana-mana perwakilan daripada keseluruhan 197 kawasan di seluruh negara untuk dibahaskan pada Muktamar Pas kali ke-68.
Menurutnya, hanya terdapat beberapa perkara dibangkitkan mengenai hubungan di dalam MN namun ianya tidak lebih daripada penekanan atau fokus terhadap memperkasakan penyatuan ummah.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa pihak jawatankuasa pengurusan Muktamar Pas ke-68 yang dipengerusikannya, masih belum memuktamadkan mana-mana usul yang diterima tanpa bahas atau diterima untuk dibahaskan.
Untuk rekod, Muktamar Pas kali ke-68 akan berlangsung selama empat hari bermula 1 sehingga 4 September depan.
Irwan Muhammad Zain
Sat Aug 20 2022

Mohamed Nazri menjelaskan, beliau tetap dengan semangat MN biarpun tidak ada sebarang resolusi baru dibuat tentang kerjasama dua parti utama orang Melayu itu. - Gambar fail/Astro AWANI

Hujan lebat lebih dua jam, Bandar Baharu dilanda banjir kilat
Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan lima belas buah rumah dimasuki air selain beberapa kawasan terjejas akibat banjir kilat di daerah Bandar Baharu.

Banjir | MAFS sedia bantu tampung kerugian petani
Bagi meringankan beban petani yang terjejas banjir Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Sabah bakal mengagihkan bantuan. Ia termasuk bantuan akibat kerosakan tanaman. Nilai bantuan adalah 50 peratus daripada jumlah kerugian yang dihadapi oleh petani.

Banjir Sabah | Hanya lima PPS masih dibuka libatkan 358 mangsa
Hanya lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif di Sabah setakat jam 4 petang, Jumaat, berbanding sembilan buah pada sebelah pagi. Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, PPS yang masih aktif iaitu di telupid dan beluran masing-masing dua PPS, serta di Beufort satu PPS.

Tengku Zafrul kunjungi MB Kedah, lawat beberapa industri
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berada di Kedah bagi melawat beberapa industri di negeri itu.

Pakistan: Dadah bernilai AS$1.69 juta dirampas daripada budak 12 tahun
Budak lelaki berkenaan menyamar sebagai wanita dan menyembunyikan dadah berkenaan dalam jaketnya.

Belanjawan 2023 utamakan pertumbuhan ekonomi saksama berpaksi keadilan sosial
Kerajaan akan mengutamakan pemacuan pertumbuhan ekonomi yang berhemat dan pembangunan saksama berpaksikan keadilan sosial untuk rakyat menerusi Belanjawan 2023.

#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.

Pantau Kerajaan Baharu | Pemerkasaan TVET, perhalusi peluang anak tempatan
Segmen Pantau Kerajaan Baharu kali ini melihat kepada cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan supaya pihak swasta dan kerajaan memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Semestinya, pemain industri mengharapkan yang terbaik khusus sekali dalam memacu bakat tempatan ke peringkat lebih tinggi. Ikuti perbincangan bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran, Mohammad Rizan Hassan. #AWANInews #PantauKerajaanBaharu

Yu Cai Foundation gerakkan kutipan derma untuk tajaan biasiswa pelajar sekolah menengah B40
Semua dana yang dikumpul melalui kutipan derma ini akan disalurkan untuk menaja kos pendidikan pelajar sekolah menengah daripada keluarga B40.

LRT rosak bukan sebab negara tiada pakar - Anthony Loke
Dakwaan sedemikian dibuat secara umum, serta tidak mengambil kira punca sebenar masalah.

"Elok Dr Mahathir terus jaga cucu" - Nazri Aziz
Mohamed Nazri pelik seorang yang berpengalaman seperti Dr Mahathir membangkitkan mengenai pelantikan TPM.

Tidak perlu PRK di Sabah, empat Ahli Parlimen bertanding guna lambang GRS bukan Bersatu - Nazri
Berdasarkan Akta Antilompat Parti yang telah dilulus dan diwartakan, calon bertanding atas lambang parti bukan keahlian.

Zaman Mahathir sudah berlalu, biar Anwar pimpin negara - Nazri
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir terhadap Anwar tidak penting buat masa ini.

Sidang Dewan Rakyat bermula jam 2 petang satu cadangan yang baik - Nazri
Hujah Nazri, cadangan itu membolehkan pegawai-pegawai kerajaan dan parlimen menyelesaikan segala urusan berkaitan perkara yang berbangkit di Dewan Rakyat disebelah pagi.

Hormati suara rakyat, Zahid perlu segera letak jawatan - Nazri
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, Zahid perlu bertanggungjawab penuh dan meletak jawatan seperti mana Datuk Seri Najib Tun Razak lakukan selepas PRU14.

PRU15: 'Saya tidak setuju politik anak-beranak' - Nazri
Menurut Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, adalah tidak adil untuk beliau menentukan siapa yang bakal menggantikannya.

PRU15: Biarpun tidak lagi bertanding, Nazri akan pastikan Padang Rengas kekal bawah BN
Mohamed Nazri menjelaskan, sebagai Pengerusi BN Padang Rengas, beliau akan memastikan semua kerusi di Padang Rengas kekal milik BN

PRU15: Saya tetap dengan pendirian tidak bertanding - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan beliau kekal dengan pendirian tidak bertanding pada PRU15 nanti.

PRU15: Semua calon 'poster boy' pembangkang asal dari UMNO - Nazri
Parti-parti pembangkang masih dibayangi UMNO biarpun menganggap parti itu sebagai musuh, kata bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Tidak pelik Bersatu memusuhi UMNO kerana kerusi UMNO pun mereka curi - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan parti serpihan UMNO itu tidak mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu