awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak akan serah kepada Ali Biju, kerusi Saratok masih milik PDP - David Yeo

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
17/10/2022
14:55 MYT
Tidak akan serah kepada Ali Biju, kerusi Saratok masih milik PDP - David Yeo
PDP pernah menawarkan Ali menyertai PDP dan bertanding di kerusi Saratok di bawah GPS tetapi tawaran tersebut ditolak. - Gambar fail
KUCHING: Ketua Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP), David Yeo menegaskan kerusi Parlimen Saratok akan tetap dipertahankan parti itu tanpa sebarang pertikaian.
Tegasnya, wakil PDP yang akan diputuskan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) kelak akan terus berjuang untuk mengekalkan kerusi tradisi PDP itu walaupun akan ditentang oleh Datuk Ali Biju dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Sebelum ini, PDP pernah menawarkan Datuk Ali Biju menyertai PDP dan bertanding di kerusi Saratok di bawah GPS tetapi tawaran tersebut ditolak.
“Sebenarnya tidak wujud sama sekali istilah ‘menyerah’ kerusi atau memberi laluan kepada sesiapa, kerana Majlis Tertinggi GPS pada asalnya memihak kepada kempen PDP di kawasan Krian, dan parti kita hanya berunding dengan Ali Biju untuk mendapatkan sokongan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Yeo memberi reaksi sebagai menjawab kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Sarawak Alexander Frusis yang menyarankan agar PDP tidak meletakkan calon di Saratok pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang, sebaliknya memberi laluan kepada Ali.
Tambahnya lagi, perundingan antara Ali dan PDP yang terlalu lama dan kedudukannya yang terumbang-ambing menyukarkan keputusan muktamad dibuat antara kedua-dua pihak.
"Hanya, baru-baru ini Ali Biju telah "insaf" dan ingin berunding dengan pihak kami mengenai perkara ini, namun seperti yang kita sedia maklum, banyak persiapan awal yang perlu dilakukan menjelang pilihan raya umum.
“Dalam keadaan parti yang tidak dapat memberikan jawapan disaat akhir, PDP tidak mempunyai pilihan selain mencadangkan kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan mengesyorkan Giendam Jonathan sebagai calon berpotensi untuk kerusi Saratok,” ujarnya lanjut.
Katanya, PDP secara tuntas telah menyusun beberapa siri kerja alternatif dengan meluas bagi memastikan tiada pertikaian di peringkat akar umbi berlaku
"Oleh itu, dilihat adalah mustahil untuk menggantikan perkara tersebut kerana ini bukan seperti permainan kanak-kanak yang boleh diubah sewenang-wenangnya.
"Jika Bersatu berkeras untuk menyertai mana-mana kawasan Parlimen milik PDP, kami akan mempertahan habis-habisan maka kita kembalikan kuasa kepada pengundi untuk membuat keputusan yang bijak,” ujarnya lanjut.
Topic Berkaitan
#PRU15
#pdp
#Parlimen Saratok
#ali biju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan