Tidak banyak masalah dapat dilihat untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Sabah dibawah pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan), kata Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Perkara itu, kata beliau, tidak mustahil akan berlaku selepas Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa di Putrajaya selain politik Sabah cukup terkenal dengan tradisi lompat parti.
"Politik Sabah selalu berubah dan saya tidak menolak akan berlaku peralihan sokongan dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sini. Tambahan pula Sabah ini terkenal dengan politik lompat melompat.
"Mereka boleh beralih parti dan sokongan pada bila-bila masa sahaja dan tidak ada masalah besar untuk mereka (ADUN) beralih arah dari satu tempat ke satu tempat yang lain," katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
Ditanya berhubung perbincangan pembentukan kerjasama antara beberapa parti tempatan termasuk PKR Sabah, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, perkara itu ada dilakukan namun, masih secara tidak formal.
"Belum ada perbincangan secara rasmi berhubung hala tuju tetapi perbincangan secara tidak formal kita sudah adakan.
"Kita juga bersifat terbuka dan ruang juga diberikan untuk kita bincang serta fikir menjuruskan sesuatu perkara untuk matlamat sama dalam semua parti," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga menjangkakan perubahan itu bakal berlaku dalam masa terdekat.
"Politik ini penuh dengan starategi dan strategi itu telah berjalan cuma kita tidak boleh bagitahu strategi yang bagaimana. Cuma tunggu dalam masa sebulan dua lagi," ujarnya.
Negeri Sabah menjadi antara negeri yang dilihat sebilangan pemerhati politik akan mengalami perubahan kerajaan neegeri selepas Kedah baru-baru ini.
Selain Kedah, Johor, Melaka dan Perak juga sebelum ini menyaksikan tumbangnya kerajaan yang diperintah oleh PH.
Negeri-negeri berkenaan kini diperintah oleh kerajaan Perikatan Nasional.
Fauzi Suhaimi
Thu May 21 2020

Bung Moktar berkata, beliau menjangkakan peralihan kerajaan negeri bakal berlaku di Sabah dalam masa terdekat. - Gambar BERNAMA

Letupan di Madrid, dua maut dalam runtuhan bangunan
Sekurang-kurangnya dua maut dan beberapa yang lain cedera selepas sebuah bangunan di tengah bandar Madrid milik Gereja Katolik runtuh pada Rabu.

Joe Biden, Kamala Harris tiba di Capitol AS bagi majlis angkat sumpah
Kamala Harris dan Joe Biden dijadualkan mengangkat sumpah jawatan tidak lama lagi iaitu jam 12 tengahari waktu tempatan.

Pembangkang setuju sertai Jawatankuasa Khas Bebas mengenai darurat
Blok pembangkang bersetuju menghantar tiga nama Ahli Parlimen bagi menyertai Jawatankuasa Khas Bebas yang akan menasihati secara langsung Yang di-Pertuan Agong berhubung darurat.

ASEAN perlu ada CDC sendiri - Dr Jemilah Mahmood
Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menyuarakan harapannya agar negara-negara ASEAN akan memiliki CDC serantau.

AWANI Ringkas: Pembangkang setuju sertai Jawatankuasa Khas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Presiden AS | Momen terakhir Trump di White House [TERKINI] Presiden AS | Momen terakhir Trump di White House](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/4717927711611153034238/1886475_31570730741611153594994_640x360.jpg)
[TERKINI] Presiden AS | Momen terakhir Trump di White House
Ikuti Luqman Hariz dan Nailah Huda untuk perkembangan terkini momen terakhir Trump di White House.

MAG terima kelulusan penting dalam usaha pelan penstrukturan semula
Pelan ini adalah merupakan strategi jangka panjang bagi memastikan syarikat ini terus bertahan dalam tempoh COVID-19 melanda dunia.

Lambaian terakhir Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45
Presiden Amerika Syarikat ke-45, Donald Trump menaiki pesawat untuk berangkat pulang ke Florida bersama keluarganya. Pada masa sama, Trump juga memecah tradisi apabila tidak menghadiri upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden AS ke-46

Kedah aktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana bantu rakyat terjejas sepanjang PKP
Menurut Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, ini sebagai langkah mendepani cabaran PKP2.0 dalam usaha meringankan bebanan rakyat terutama golongan B40.

Trump tinggalkan White House buat kali terakhir sebagai Presiden AS
Donald Trump meninggalkan Rumah Putih buat kali terakhir, beberapa jam sebelum Joe Biden meneruskan warisan sebagai presiden ke-46.

Sebahagian Jalan Grogo, Bau-Lundu runtuh
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika melalui Jalan Grogo, Bau-Lundu susulan kejadian tanah runtuh yang meranapkan sebahagian daripada jalan dua hala tersebut.

Empat Exco Perlis jalani kuaratin di rumah
Empat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Perlis menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian saringan COVID-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Tengku Razaleigh positif COVID-19
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu berada dalam keadaan sihat dan stabil serta tidak mengalami sebarang komplikasi.

UMNO lemas dalam kolam yang cetek - Shamsul Amri
Shamsul berkata, MKT UMNO kini tidak berfungsi dengan baik, hingga mengakibatkan parti itu dikuasai pihak-pihak yang berkepentingan peribadi.

Turun berat badan 5kg dapat hadiah RM300
Memetik laporan Sinar Harian, individu yang bertuah akan memenangi hadiah berjumlah RM300 daripada ADUN Jeram.

Saringan pandu lalu usaha terbaharu kekang COVID-19 di Sibu
Pusat saringan COVID-19 pandu lalu yang pertama di bandar ini dibuka hari ini bagi membantu menampung operasi di tiga pusat saringan sedia ada.

ADUN Galas Mohd Syahbuddin sahkan positif COVID-19
Perkara itu disahkan sendiri ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim menerusi hantaran Facebook miliknya sebentar tadi.

COVID-19: Lebih 2,000 penduduk di Pasai Siong jalani sekatan pergerakan
Lebih 2,000 penduduk di 19 buah rumah panjang di Sibu menjalani sekatan pergerakan ekoran penularan wabak COVID-19 di daerah itu.

Banjir: Pengusaha keropok lekor Mersing mohon bantuan kerajaan
Pengusaha keropok lekor, Abdul Halim Othman, mengakui pendapatannya merosot hampir 80 peratus kerana tiada lagi pengunjung akibat bencana banjir ketika ini.

Anggota polis cedera dilanggar kereta bekas ADUN Pulau Pinang
Mangsa mengalami kecederaan ringan manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.