KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin mendahului enam calon lain dengan 2,584 undi.

Setakat 9.26 malam, beliau meninggalkan pencabarnya Datuk R Ramanan (Pakatan Harapan) yang memperoleh 2,197 undi.

Manakala calon lain iaitu Mohd Ghazali Md Hamin dari Perikatan Nasional (PN) dengan 1,474 undi, Mohd Akmal Mohd Yusof (Pejuang - 37 undi), Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia - 17 undi), Nurhaslinda Basri (Bebas - 3 undi) dan Syed Abdul Razak Syed Long Al-Sagoff belum mendapat sebarang undi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menerima 20,249 undi, sekali gus mendahului empat calon yang lain di kerusi Parlimen Pandan.

Calon PN, Muhammad Farique Zubir Albakri mendapat 4,330 undi, Leong Kok Wee (BN - 2,300 undi), Tan Sri Ong Tee Kea (Warisan - 1,161 undi) dan Nadia Hanafiah (Pejuang - 167 undi).