awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu berdepan cabaran sokongan PN dan legitimasi MB Perlis - Penganalisis
Pekerja kedai rugi lebih RM20,000 akibat kerja tidak wujud
PLUS catat sekitar 2 juta kenderaan di lebuh raya pada Ahad, ramal peningkatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak salah jika UMNO, Pas wujudkan kerjasama menjelang PRU14 - Tengku Razaleigh

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
13/05/2017
06:06 MYT
Tidak salah jika UMNO, Pas wujudkan kerjasama menjelang PRU14 - Tengku Razaleigh
TENGKU RAZALEIGH: Apa salahnya kalau dapat diwujudkan kerjasama di medan politik.
Tidak ada salahnya jika Barisan Nasional (BN) dan Pas mewujudkan kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan dating.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, perkara itu tidak salah sekiranya memberi manfaat kepada parti.
Katanya, jika meneliti ucapan pemimpin BN dan Pas dalam ucapan serta ulasan yang dibuat oleh mereka, terdapat kecenderungan ke arah kerjasama terutama sekali dalam bidang agama.
“Dasar kerajaan ada sesetengah perkara itu disokong oleh Pas dan apa salahnya kalau dapat diwujudkan kerjasama di medan politik. (Dalam) pilihan raya pun tak merugikan Pas dan UMNO kalau ada kerjasama.
“Tetapi sama ada orang bawahan boleh terima atau tidak boleh terima itu bergantung kepada pembahagian kerusi dan macam-macam (perkara lain) seperti soal calon. Dan saya rasa, peringkat atasan akan meneliti perkara ini,” ujar beliau.
Tambahnya, sekiranya wujud kerjasama itu akan memberi keuntungan kepada kedua-dua parti berkenaan.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Festival Belia Kelantan anjuran Majlis Belia Kelantan (MBK) di Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#PAS
#pilihan raya
#politik
#Tengku Razaleigh Hamzah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan