awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan Azmin burukkan kerajaan Perak kurang adab - Zambry

Bernama
Bernama
26/07/2017
13:16 MYT
Tindakan Azmin burukkan kerajaan Perak kurang adab - Zambry
ZAMBRY: Jika datang untuk menabur fitnah dan menghina negeri Perak adalah perbuatan yang kehilangan adab dan tidak baik.
Tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memburuk-burukkan pentadbiran kerajaan negeri Perak ketika menyampaikan ceramah di Kuala Kangsar baru-baru ini merupakan perbuatan kurang beradab dan tidak menghormati pemimpin kerajaan negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata tindakan Azmin yang mendakwa seolah-olah beliau bertanggungjawab memajukan Selangor dan melakukan perbandingan dengan negeri Perak dilihat lebih kepada mendabik dada.
"Azmin tidak perlu hendak buat perbandingan sebab kalau dia berbangga dengan hujah tentang negeri Selangor masa kini, dia perlu faham Selangor itu bukan dibina melalui lampu ajaib Azmin, dan rakyat sendiri pun mengetahuinya kerana Selangor menjadi maju ketika kerajaan Barisan Nasional memerintah.
"Itu hak Azmin untuk datang ke negeri Perak. Namun sekiranya datang untuk menabur fitnah dan menghina negeri Perak adalah perbuatan yang kehilangan adab dan tidak baik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Zambry diminta mengulas kandungan ceramah Azmin di negeri ini baru-baru ini yang memburuk-burukkan kerajaan negeri Perak serta menyebut beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan Selangor.
Program mikrokredit untuk usahawan, pemberian biasiswa dan bantuan kepada bakal haji seperti yang disebut, sudah pun dilaksanakan lebih awal oleh kerajaan negeri, katanya.
Zambry berkata walaupun Perak menerima pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara khususnya dalam program membasmi kemiskinan, pengurusan air terbaik negara serta mendapat pengiktirafan pengurusan kewangan terbaik oleh Jabatan Audit Negara, kerajaan negeri di bawah pimpinannya tidak pernah mendabik dada dengan mencela atau menghina kepimpinan negeri lain.
"Sebagai menteri besar, saya boleh menggunakan pendekatan melondehkan pelbagai kelemahan pentadbiran tetapi saya mendidik barisan pentadbiran untuk sentiasa menegakkan prinsip politik matang dengan menumpukan sepenuh perhatian dalam mengurus dan memajukan negeri.
"Saya yakin rakyat Perak lebih bijak membuat penilaian dan menghargai komitmen kerajaan Perak yang sentiasa turun padang termasuk melalui program Pemukiman Menteri Besar yang dilaksanakan di setiap daerah sejak sekian lama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#ceramah
#ekonomi
#kerajaan negeri
#mwenteri besar
#pentadbiran
#politik
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan