awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan bukti keabsahan harus dipuji, pertikaian kedudukan PM perlu dihenti - Sahruddin

Bernama
Bernama
04/08/2021
19:59 MYT
Tindakan bukti keabsahan harus dipuji, pertikaian kedudukan PM perlu dihenti - Sahruddin
Semua Ahli Parlimen diseru untuk mengetepikan kepentingan politik dan seterusnya memberi tumpuan penuh kepada usaha menjayakan PPN. -REUTERS
JOHOR BAHRU: Tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuktikan keabsahannya sebagai perdana menteri menerusi usul undi percaya semasa sidang Parlimen bulan hadapan harus dipuji, kata Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Justeru, Dr Sahruddin berkata sebarang pertikaian ke atas kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri perlu dihentikan.
Ini kerana kerajaan PN perlu melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat serta negara khususnya dalam menangani pandemik COVID-19.
"Semua Ahli Parlimen diseru untuk mengetepikan kepentingan politik masing-masing dan seterusnya memberi tumpuan penuh kepada usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara," menurutnya dalam kenyataan bagi mengulas perutusan khas Perdana Menteri.
Beliau berkata penumpuan harus diberikan kepada usaha meningkatkan kadar pemberian vaksin kepada rakyat menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan serta menyempurnakan usaha membantu rakyat.
PN Johor menyokong teguh kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri untuk terus mengemudi kerajaan ini, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Parlimen
#politik
#Pelan Pemulihan Negara
#COVID-19
#pandemik
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan