awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
Polis serbu rumah penampungan, tahan 22 pendatang tanpa izin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan disiplin dikenakan jika ada pemimpin UMNO kerjasama dengan PKR, DAP

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2021
12:34 MYT
Tindakan disiplin dikenakan jika ada pemimpin UMNO kerjasama dengan PKR, DAP
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (PARA) di Seberang Takir hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA NERUS : Tindakan disiplin boleh dikenakan sekiranya terdapat ahli dan pemimpin UMNO yang didapati menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak pimpinan tertinggi parti telah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan parti-parti itu.
Katanya, UMNO juga tidak pernah berganjak dengan keputusan yang telah diputuskan itu.
“UMNO sudah buat keputusan dengan jelas dalam tiga, empat kali mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) mengatakan ‘no PKR, no Anwar, no DAP… keputusan itu tidak berubah sampai sekarang.
“Jadi, kalau kata kita nak berbincang dengan PKR maknanya tidak ada, dan kalau ada yang berbincang itu dianggap melanggar keputusan MT. Tak boleh,” tegasnya.
BACA: Kerjasama politik: Ada perbincangan antara pimpinan PKR-UMNO, masih terlalu awal - Anwar
Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja RAMD (Para), Kem Seri Pantai, Seberang Takir, pada Sabtu.
Sebelum ini media melaporkan Anwar yang juga Presiden PKR tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan UMNO, walaupun perbincangan mengenainya masih belum dilakukan secara formal.
Anwar dilaporkan berkata, kerjasama itu disokong beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen daripada UMNO serta ia akan menjadi kenyataan jika parti terbabit tekad memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Topic Berkaitan
#tindakan disiplin
#pemimpin UMNO
#ahli UMNO
#kerjasama
#PKR
#DAP
#ismail sabri yaakob
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan