awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan terhadap dua ADUN sokong Wan Azizah ditangguhkan - PAS

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
20/08/2014
04:10 MYT
Tindakan terhadap dua ADUN sokong Wan Azizah ditangguhkan - PAS
Tindakan terhadap dua Adun sokong Wan Azizah ditangguhkan
PAS menangguhkan menangguhkan tindakan terhadap dua ADUNnya yang menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, sehingga isu tersebut selesai, lapor Sinar Harian Online.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan telah menerima laporan dari PAS Selangor berhubung sokongan ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib kepada Wan Azizah menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
“Ya, kita dah terima laporan tapi tunggu dululah krisis politik Selangor selesai, lepas itu kita fikir apa nak buat.
“Buat masa ini, kita tangguh dulu, biar selesai isu menteri besar selesai,” Mustafa dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian Online.
Pas Selangor menyerahkan sepenuhnya tindakan terhadap dua orang ADUNnya yang mengambil langkah menyokong Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor sebelum parti itu memuktamadkan keputusan.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, laporan itu dibuat sejurus Pas Pusat mengarahkan laporan mengenai ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin dibuat.
Pada 14 Ogos lalu, Saari dan Hasnul menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat bersidang.
Topic Berkaitan
#DAP
#MB Selangor
#PAS
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan