awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tommy Thomas bukan ahli, pemimpin PH' - Anthony Loke

Bernama
Bernama
26/10/2022
09:12 MYT
'Tommy Thomas bukan ahli, pemimpin PH' - Anthony Loke
Loke berkata PH tidak perlu menjawab bagi pihak Thomas yang merupakan bekas Peguam Negara dan bukannya 'orang PH'. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan sekiranya bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dipercayai melakukan kesalahan berhubung dakwaan dalam buku 'My Story: Justice in the Wilderness' yang ditulisnya.
Bercakap pada sidang media selepas mengumumkan empat calon DAP yang mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Pahang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), di ibu pejabat DAP hari ini, Loke berkata PH tidak perlu menjawab bagi pihak Thomas yang merupakan bekas Peguam Negara dan bukannya 'orang PH'.
"Walaupun beliau dilantik ketika kerajaan PH (memerintah) tetapi beliau bukan pemimpin PH dan bukannya ahli mana-mana parti politik dalam PH.
"Saya yakin Tommy (Thomas) akan mempertahankan diri sendiri dan jika ada kes terhadapnya biar polis menjalankan siasatan," katanya ketika ditanya mengenai tindakan PH yang berdiam diri terhadap isu membabitkan Thomas.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata bekas Peguam Negara itu dipercayai melakukan empat kesalahan berdasarkan siasatan terhadap kandungan buku memoir 'My Story: Justice in the Wilderness', antara lain melibatkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan kerajaan bersetuju untuk menyahklasifikasi dan mendedahkan kepada umum Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas buku memoir tulisan Thomas.
Sementara itu, penyandang Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata kenyataan daripada ceramahnya di Mentakab pada 19 Okt lepas telah diputar belit.
Tengku Zulpuri berkata beliau tidak menyebut istana dalam ceramahnya tetapi hanya orang besar dan ia tidak semestinya merujuk kerabat diraja.
Semalam, 20 laporan polis dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pahang terhadap Tengku Zulpuri yang didakwa biadab ketika menyampaikan ceramah politik di Mentakab, Temerloh pada 19 Okt lepas.
Video berdurasi 1 minit 53 saat yang didakwa dipetik daripada ceramahnya dikatakan menyentuh institusi beraja, orang kenamaan dan rakyat Pahang yang dilabelkan sebagai penyamun dan penyangak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU5
#tommy thomad
#Anthony Loke
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan