awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tubuh ‘task force’ selami masalah rakyat - Ketua Pemuda UMNO

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/03/2024
08:30 MYT
Tubuh ‘task force’ selami masalah rakyat - Ketua Pemuda UMNO
Dr Muhammad Akmal hadir pada Majlis Bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar di Dewan Kampung Baru Panggas, Chuping pada Ahad. - Foto Astro AWANI
PADANG BESAR: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mahu ahlinya tampil aktif dalam memperjuangkan isu rakyat menerusi penubuhan ‘task force’ Aduan Rakyat.
Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, walaupun ia sudah pun ditubuhkan namun pergerakan itu tetap mahu ahlinya di seluruh negara aktif dan proaktif dalam membantu masyarakat yang terkesan dengan pelbagai masalah ekonomi pada waktu ini.
“Kita sudah buat keputusan, sudah pun berbincang dengan Pemuda UMNO seluruh negara termasuk Pemuda UMNO Perlis dimana kita akan terus aktif dalam masyarakat menerusi ‘task force’ Aduan Rakyat yang ditubuhkan ini.
“Kali ini, saya sudah arahkan semua ahli Pemuda UMNO di peringkat negeri pergi ke setiap pelusuk dan ceruk tempat sama ada kampung atau bandar untuk mendengar masalah yang membelenggu rakyat pada waktu ini sebagai contoh isu nelayan, isu pesawah dan sebagainya.
“Tujuan ini adalah satu di mana kita hendak angkat isu ini ke peringkat lebih tinggi selain menjadi semak dan imbang kepada kerajaan sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar di Dewan Kampung Baru Panggas, Chuping, di sini pada Ahad.
Katanya, dalam hal ini, pihaknya mahu ‘task force’ ini diperkasakan dengan aktif dan tidak hanya menunggu aduan rakyat semata-mata sebaliknya, ahli Pemuda UMNO di setiap peringkat negeri akan sendiri berjumpa dengan golongan yang memerlukan ini setiap masa.
“Tujuan ‘task force’ ini adalah untuk membawa suara rakyat terus kepada pemimpin dan sama ada ia agak bertentangan dengan kerajaan sedia ada atau tidak, itu bukanlah satu isu kerana kita mahukan ‘task force’ menjadi wadah kepada rakyat di peringkat bawahan untuk menyuarakan masalah mereka kepada pemimpin.
“Sebagai contoh, apabila kita melaksanakan ziarah di Kampung Warna Warni di Kuala Perlis semalam, ada nelayan yang tampil mengadu beberapa aduan mengenai permasalahan yang berlaku kepada mereka dan kita serta Puteri UMNO akan suara rakyat ini ke peringkat lebih tinggi.
“Kita tidak mahu kerajaan sedia ada ini masih terus lena dibuai mimpi, wakil rakyat yang dipilih juga terus lena dibuat mimpi jadi kita (Pemuda UMNO) akan ‘hantui’ anda supaya rakyat akan dapat faedah,” katanya.
Terdahulu, Dr Akmal hadir menyantuni penduduk kampung di kawasan itu selain meninjau rakyat yang hadir untuk melakukan pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) di dewan orang ramai berkenaan.
Turut hadir Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Siti Sokhleha Nordin, Setiausaha UMNO Perlis merangkap Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Ruzaini Rais dan timbalannya, Azizan Sulaiman serta wakil Ketua Pemuda UMNO dari bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau.
Topic Berkaitan
#Pemuda UMNO
#Task force
#aduan rakyat
#Dr Muhamad Akmal Saleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan