KUALA LUMPUR:Tindakan PKR yang menuduh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghalang usaha mengembalikan mandat rakyat disifatkan sebagai gelojoh dan tidak berasas.
Ketua Penerangan (Penaja) Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Ulya Aqamah Husamudin berkata punca Langkah Sheraton terjadi adalah kerana pengkhianatan daripada kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Jika Dr Mahathir mahu kekal sebagai perdana menteri sehingga hari ini, beliau boleh sahaja dengan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana beliau sebenarnya adalah calon Perdana Menteri PN.
"Namun, Dr Mahathir tidak bersetuju dengan pengkhianatan tersebut dan beliau bersedia dibuang daripada parti yang beliau bina sendiri demi pertahankan mandat rakyat dan mengotakan janji kepada komponen Pakatan Harapan (PH)," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Ulya Aqamah berharap blok pembangkang berhenti berkelahi, khususnya membabitkan isu-isu kecil.
Sehubungan itu, beliau meminta agar semua pihak mencari titik tengah persamaan dalam mengembleng usaha dan bekerjasama untuk menolak kerajaan yang dicuri dan bersekongkol dengan kleptokrat.
"Andai Dr Mahathir tidak meletakkan jawatan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kumpulan Mohamed Azmin tetap akan keluar daripada PH serta tetap akan menyebabkan kerajaan PH jatuh," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sewaktu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi, beliau sendiri memberitahu angka ini tidak termasuk Pejuang.
"Hakikatnya PKR terlebih awal tidak mahu bekerjasama dengan pihak Pejuang dan lebih memeranjatkan sanggup bersekongkol dengan UMNO termasuk beberapa ahli politik Kleptokrat.
"Bagaimana tuduhan dilemparkan kepada pihak Dr Mahathir dan Pejuang, sedangkan pihak Anwar sendiri tidak membincangkan soal sokongan," katanya.
Sebelum ini, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa Dr Mahathir cuba menghalang Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa.
Ini selepas Dr Mahathir, yang merupakan bekas pengerusi PH secara terbuka mendakwa Anwar tidak mampu memimpin negara ini yang sedang berhadapan krisis ekonomi.
Fauzi Suhaimi
Sat Nov 14 2020
Ulya Aqamah berharap blok pembangkang berhenti berkelahi, khususnya membabitkan isu-isu kecil. -BERNAMA
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk mengancam rakyat.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Jurucakap Tun M memberitahu, belum dapat dipastikan bila bekas Perdana Menteri itu akan dibenarkan discaj.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
Dr Mahathir terima rawatan di IJN akibat jangkitan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' dirujuk ke TPR
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di Istana Negara telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Siasatan SPRM ke atas Mokhzani didakwa ada kaitan dengan Tun M
Siasatan SPRM terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan bapanya, yang juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kertas siasatan kenyataan Dr Mahathir dijangka dirujuk kepada AGC tiga ke empat hari lagi - KPN
Beliau juga menafikan kenyataan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan.