PADA 23 Mei, bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam satu ceramah Parti Amanah Negara (PAN) di Dewan Seri Sekinchan mengumumkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan akan berkempen untuk calon Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil (PRK) kali ini sebagai wakil 'Deklarasi Rakyat'.
Ternyata ia bukan cakap kosong kerana pada 11 dan 12 Jun, Dr Mahathr yang boleh dianggap sebagai duta Deklarasi Rakyat ini hadir di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Ketara majoriti kehadiran pada ceramah Dr Mahathir di Sekinchan adalah golongan Cina, pekerja-pekerja parti serta pemimpin-pemimpin yang sentiasa menyokong Deklarasi Rakyat dengan kehadiran dianggar kira-kira 400 orang sahaja.
Pemimpin yang menyambut ketibaan Dr Mahathir tidak lain tidak bukan ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang manakala Presiden PAN, Mohamad Sabu tidak kelihatan kerana difahamkan lewat tiba.
Paling penting, tidak kelihatan langsung kelibat bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada majlis di kedua-dua lokasi tersebut.
Acara kemuncak
Memandangkan ini disifatkan sebagai acara kemuncak, satu suntikan iaitu kehadiran Dr Mahathir ini dikira cukup penting dan terlalu diperlukan PAN sebagai parti yang baharu mengorak langkah. Jadi apabila nama-nama besar Pakatan Harapan ini tidak hadir, ia pasti menimbulkan banyak tanda tanya.
Bagaimana tidak, majlis ini tidak seharusnya memihak kepada mana-mana parti seperti PAN semata-mata, namun apa yang berlaku pada pengumuman Dr Mahathir ini seolah-olah termaktub sesiapa yang menyokong Deklarasi Rakyat ini maka akan mendapat sokongan Dr Mahathir sendiri.
Jadi apabila calon PAN, Azhar Abdul Shukur menyokong Deklarasi Rakyat, maka sekali gus PAN mendapat sokongan Dr Mahathir.
Dalam format perjumpaan Dr Mahathir ini ada perbezaannya di kedua-dua lokasi kerana di Sungai Besar ia lebih bersifat kolokium selain disambung dengan perbincangan, manakala di Kuala Kangsar ia lebih bersifat ceramah satu hala sahaja selain diakhiri dengan sidang media.
Apa yang menarik di Sekinchan, pengendalian forum tidak memberi kesan kerana penduduk kurang memahami Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang tinggi selain penggunaan terma-terma yang terlalu sukar difahami.
Di Sekinchan juga ditunjuk komunikasi menggunakan aplikasi Skype bersama pengasas dan pengendali Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown (komunikasi yang juga tidak difahami penduduk) selain gangguan teknikal apabila mikrofon beberapa kali rosak semasa Dr Mahathir berucap.
Rentetan kisah emosi Dr Mahathir tidak berakhir begitu sahaja apabila terus membangkitkan isu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa menerima 'dedak' daripada UMNO selain isu-isu semasa mengenai 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang diulang-ulang setiap kali berucap.
Menariknya di Kuala Kangsar pula, calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary turut hadir dan membuat sedikit gangguan pada majlis Dr Mahathir selepas meminta pengundi memilih dirinya, bukannya calon PAS, apatah lagi PAS dan BN untuk menjadi wakil rakyat.
Secara asasnya, kehadiran Dr Mahathir adalah suntikan bantuan kepada Pakatan Harapan dalam mana-mana pilihan raya dan kali ini ia amat diperlukan PAN.
Kawan DAP
Namun jika diimbas kembali semasa PRK Teluk Intan pada Mei 2014, Dr Mahathir dengan lantang mengatakan ibu kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Sama dituduh tidak pandai mendidik anak dan bersekongkol dengan DAP.
Bagaimanapun, apa yang berlaku kini, sokongan Dr Mahathir kepada PAN yang juga menyokong DAP juga boleh dikatakan 'pulang paku buah keras' kepada bekas perdana menteri itu sendiri.
Jadi, dalam majlis yang dianggap kemuncak ini juga, ia dilihat bukan kempen PRK tetapi lebih kepada mahu mempromosikan Deklarasi Rakyat sebagai referendum yang akan diperluaskan.
Dr Mahathir juga cuba mengelirukan hadirin di majlisnya apabila mengatakan orang Cina akan turut terkena tempias hukuman hudud Islam dan hudud Hadi seandainya ia dilaksanakan.
Pasti ia merupakan ancaman yang menakutkan selain strategi Dr Mahathir untuk melemahkan sokongan kepada PAS.
Dr Mahathir juga cuba membuktikan PAS kini terdesak dan tidak mempunyai pilihan lain selain bersama UMNO untuk meraih sokongan pengundi.
Situasi ini dan kelantangan Dr Mahathir sebenarnya memberi signal selain mengelirukan Pakatan Harapan itu sendiri.
Dr Mahathir menggambarkan seolah-olah dia merupakan pemimpin nombor satu Pakatan Harapan selain menerajui dan merancang pergerakan pakatan itu.
Ia juga membuka faktor kepada isu Azmin tidak turun kempen namun dikatakan akan 'menunjukkan muka' pada minggu ini dengan harapan dapat melenyapkan desas-desus keretakan Pakatan Harapan sepanjang musim kempen PRK ini sendiri.
Keseluruhannya, apa yang diharapkan oleh Pakatan Harapan dengan kehadiran Dr Mahathir di pentas kempen mereka tidak begitu membantu selain tidak memberangsangkan.
Tidak ada apa-apa momentum yang berlaku selepas Dr Mahathir pulang dari Kuala Kangsar mahupun Sungai Besar.
Tidak ada apa-apa.
Keghairahan nama Dr Mahathir juga semakin merudum dan mereka yang hadir ke program itu semata-mata mahu melihat raut wajah dari susuk badan yang mencecah 90 tahun itu.
Mungkin kempen Dr Mahathir akan lebih 'laku' jika ikon Deklarasi Rakyat itu beralih angin kepada penerangan atau rahsia ramuan yang dimakan untuk panjang umur.
Dr Mahathir juga mungkin lebih dihormati seandainya menjadi duta produk kesihatan daripada berterusan meluah emosi mahu perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan pada setiap ceramahnya di pentas pembangkang.
Wan Syamsul Amly
Mon Jun 13 2016
Apa yang diharapkan Pakatan Harapan dengan kehadiran Dr Mahathir di pentas kempen mereka tidak begitu membantu selain tidak memberangsangkan. -Gambar fail
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
UMNO-DAP: Pemimpin perlu tunjuk teladan, hindari kenyataan sensitif - Penganalisis
Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.