awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir minta maaf atas kesalahan 'masa lalu'

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
30/12/2017
05:22 MYT
Tun Mahathir minta maaf atas kesalahan 'masa lalu'
MAHATHIR: Saya seperti manusia lain tidak mungkin sunyi dari berkata dan melakukan kesalahan. - Gambar fail
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memohon maaf atas 'segala kesalahan yang dilakukan selama beliau terlibat dalam politik negara'.
Beliau berkata demikian ketika mengakhiri ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pusat Konvensyen Ideal, di sini.
"Sebelum saya akhiri ucapan ini, saya ingin pohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa dan tersinggung perasaan sesiapa.
"Saya, seperti manusia lain tidak mungkin sunyi dari berkata dan melakukan kesalahan bukan sahaja hari ini tetapi juga selama saya berkecimpung dalam politik negara.
"Saya pohon maaf terhadap apa juga kesalahan saya selama itu," kata beliau yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan.
Namun apabila ditanya sekiranya permohonan maaf yang dinyatakannya termasuk ketika Operasi Lalang serta Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir hanya tersenyum.
"You can translate anything you want. (Anda boleh tafsirnya seperti yang anda mahu)," kata beliau.
BACA: Benarkan pemerhati dari PBB ketika PRU14 - Muhyiddin
BACA: Umum barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang tepati kehendak rakyat - Muhyiddin
BACA: Shariff Omar, Azimi Daim dilantik Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap PPBM
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#politik
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan