awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ulama Pas cadang larang individu didakwa di mahkamah bertanding pilihan raya

Bernama
Bernama
02/09/2022
04:45 MYT
Ulama Pas cadang larang individu didakwa di mahkamah bertanding pilihan raya
Ketua DUPP, Datuk Ahmad Yahaya cadang pada kerajaan ketatkan syarat kelayakan calon bertanding bagi mana-mana pilihan raya termasuk melarang individu sedang dalam perbicaraan mahkamah berkaitan kes salah laku, penyelewengan dan rasuah.
YAN: Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) mencadangkan kerajaan agar mengetatkan syarat kelayakan calon bertanding bagi mana-mana pilihan raya termasuk melarang individu sedang dalam perbicaraan mahkamah berkaitan kes salah laku, penyelewengan dan rasuah.
Ketua DUPP, Datuk Ahmad Yahaya berkata, DUPP berpandangan bahawa individu berkenaan tidak wajar diberi peluang untuk bertanding kerana bimbang mereka akan menyalahgunakan kedudukan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan sekiranya memenangi pilihan raya.
"Dalam aspek ini, kita mengharapkan agar kes-kes melibatkan rasuah dan salah laku pemimpin parti politik dapat disegerakan perbicaraannya di mahkamah supaya proses pembersihan pemimpin politik dapat dilakukan dengan efektif.
"Kita semua perlu mengangkat semula maruah demokrasi dalam negara selaras dengan prinsip Islam," katanya ketika berucap pada Muktamar DUPP sempena Muktamar Tahunan PAS ke-68 di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, di sini, hari ini.
Turut hadir Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan Ahli Jawatankuasa Pas, Pusat Datuk Awang Hashim.
Ahmad berkata, individu yang pernah mengeluarkan kenyataan menggugat keharmonian negara serta mempertikaikan hak-hak keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan turut wajar digugurkan kelayakan bertanding pilihan raya.
Beliau berkata, cadangan menetapkan setiap syarat kelayakan itu bagi memperkasa integriti calon dan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya, sekali gus bergerak ke arah kematangan demokrasi.
"Kita mengharapkan agar amalan demokrasi terus subur dan bersih daripada budaya rasuah dan salah laku yang sehingga akhirnya mengorbankan kepentingan rakyat," katanya yang turut meminta kerajaan menyegerakan penggubalan akta pendanaan politik bagi membanteras budaya politik wang dalam kalangan parti politik. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ulama PAS
#calon pilihan raya
#Tindakan Mahkamah
#Dewan Ulama PAS Pusat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan