awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO akan perkukuh, pertahan Kerajaan Perpaduan - MKT UMNO

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
06/12/2023
14:41 MYT
UMNO akan perkukuh, pertahan Kerajaan Perpaduan - MKT UMNO
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menegaskan bahawa parti itu akan terus memperkukuhkan dan mempertahankan Kerajaan Perpaduan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurutnya, UMNO juga bersetuju untuk menguatkan asas kerjasama yang dipersetujui bersama antara parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia.
Jelasnya, ia termasuk melalui perjanjian yang telah dimeterai terutamanya berkenaan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi.
“Bagi mempertingkatkan lagi kesefahaman dan kerjasama antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia, mesyuarat juga bersetuju untuk menganjurkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri-negeri bermula Januari 2024.
“Mesyuarat juga memperakukan bahawa semua Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN UMNO akan terus mendukung pendirian parti untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan Malaysia.
“Perakuan ini sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 24 November 2022 dan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO pada 14 Januari 2023,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Tambah beliau, UMNO juga akan mengadakan Kolokium Khas Bersempena Kongres Ekonomi Bumiputera pada 6 Januari 2024.
Menurutnya, kongres itu bakal membentangkan hala-tuju dan tawaran ekonomi baharu untuk orang Melayu di Malaysia.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Majlis Kerja Tertinggi
#Kerajaan Perpaduan
#Asyraf Wajdi Dusuki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan