awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO bukan 'daun kari', UMNO adalah tiang seri kestabilan negara - Ahmad Zahid

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/01/2026
04:00 MYT
UMNO bukan 'daun kari', UMNO adalah tiang seri kestabilan negara - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menegaskan UMNO terus berpaut kepada prinsip penubuhannya iaitu mempertahankan kepentingan orang Melayu, memelihara kesucian Islam, menjunjung institusi negara serta melindungi cabang-cabang demokrasi. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat mengingatkan semua pihak bahawa parti itu bukan sekadar ‘daun kari’, hanya untuk menyedapkan masakan, tapi ditolak tepi ketika siap terhidang.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO dalam Kerajaan Perpaduan umpama ‘tiang seri’ yang menjadi asas kepada kestabilan politik negara, dan tidak akan pernah sama sekali sekadar menjadi ‘pak turut’.
Ahmad Zahid menegaskan UMNO terus berpaut kepada prinsip penubuhannya iaitu mempertahankan kepentingan orang Melayu, memelihara kesucian Islam, menjunjung institusi negara serta melindungi cabang-cabang demokrasi.
Prinsip tersebut, katanya, menjadi syarat asas kepada penyertaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
“UMNO sentiasa berpegang dengan prinsip kesetiaan mesti dibalas dengan penghormatan. Permuafakatan pula mesti diiringi dengan keikhlasan dan kejujuran. UMNO tidak menagih layanan istimewa.
"Namun UMNO bukan parti tempelan atau pelengkap kepada mana-mana gabungan. Jangan ingat UMNO parti kari pullay, parti daun kari... bila nak masak dicampak dalam kuali, bila dihidang, dikuis ke tepi. Barang harus diingat, UMNO adalah tiang seri kestabilan negara,” tegasnya lagi.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar beliau selaku Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang berlangsung di ibu negara pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO terpaksa menanggung “harga yang mahal” apabila berdepan kecaman dan penolakan daripada segelintir masyarakat Melayu yang mendakwa parti itu kini tunduk kepada rakan-rakan politik dalam Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata, label seperti “UMDAP”, tuduhan mengkhianati orang Melayu dan Islam, serta dakwaan UMNO menyertai kerajaan semata-mata untuk mempertahankan kuasa, menjadi serangan yang konsisten terhadap parti 'keramat itu.
“Walaupun kita menjunjung titah perpaduan dan menyertai Kerajaan Perpaduan untuk menyelamatkan negara daripada kemelut berpanjangan, sentimen penolakan ini tidak boleh diketepikan,” katanya.
Namun Ahmad Zahid menegaskan UMNO tidak pernah sesekali mencairkan asas perjuangannya, seperti yang dituduh segelintir pihak, khususnya daripada musuh-musuh politik,
“Apakah pendirian kita menolak URA dan Pilihanraya PBT, yang akan menghakis hak pemilikan dan meminggirkan suara orang Melayu di bandar, boleh dikatakan sebagai mencairkan agenda perjuangan Melayu? UMNO yang menolak kedua-dua ini
“Apakah kita menolak pengiktirafan Tapak Warisan Dunia yang berat sebelah, dikatakan sebagai tunduk kepada agenda pihak lain? Apakah apabila kita membantah UEC yang mencabar sistem pendidikan negara, dikatakan sebagai tanda kita berkompromi?” soalnya kembali.
Ahmad Zahid turut menafikan dakwaan berulang bahawa keputusan menyertai kerajaan dibuat untuk menyelamatkan dirinya.
“Keputusan ini bukan untuk kepentingan peribadi,” tegasnya, sambil menambah bahawa solidariti UMNO terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah berubah.
Beliau mendedahkan bahawa Najib telah menghubunginya untuk menitipkan salam kepada para perwakilan, sambil UMNO merafak sembah memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong agar bekas perdana menteri itu diberi pertimbangan sewajarnya
Topic Berkaitan
#PAU 2025
#UMNO bukan daun kari
#Ahmad Zahid Hamidi
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan