Umno bukan parti yang mengamalkan nepotisme, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Walaupun terdapat pemimpin Umno yang mengikuti jejak langkah bapa masing-masing untuk berkecimpung dalam politik, Mukhriz berkata penyertaan mereka ditentukan oleh masa.
"Memang saya orang yang tidak sesuai untuk berkata mengenai nepotisme kerana saya adalah anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Tetapi saya menceburi bidang politik pada 2004 iaitu setahun selepas bapa saya bersara. Jadi tak patut pembangkang tuduh saya atau Umno sebagai nepotisme," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Penampang di sini hari ini.
Mukhriz, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata nepotisme jelas diamalkan oleh pembangkang seperti di Pulau Pinang dan Selangor.
"Penasihat DAP Lim Kit Siang letak anak dia Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP dan sekarang jadi ketua menteri Pulau Pinang pula.
"Di Selangor, PKR buang menteri besarnya (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) kerana penasihatnya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) nak isterinya (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) jadi menteri besar," katanya.
Malah, Mukhriz berkata pemilihan Guan Eng, yang berasal dari Melaka, dan Dr Wan Azizah, yang berasal dari Pulau Pinang, untuk jawatan ketua menteri dan menteri besar masing-masing di Pulau Pinang dan Selangor menunjukkan Pakatan Rakyat tidak yakin dengan kemampuan anak jati negeri terbabit untuk menjadi pemimpin.
Bernama
Tue Sep 02 2014
UMNO bukan parti nepotisme, kata Mukhriz Tun Mahathir
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Perkhidmatan feri percuma bagi pengunjung Program MADANI Rakyat Zon Utara
Perkhidmatan feri Pulau Pinang secara percuma disediakan bagi pengunjung PMR Zon Utara yang akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini selama tiga hari bermula Jumaat ini.
Qatar nantikan kata putus Malaysia dalam pelaburan Baladna
Lawatan keempat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) antara lain turut memberi penekanan dalam sektor agrikultur dan sekuriti makanan. Misi ini jelas serentak dengan tema forum ini iaitu 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan' yang mana Datuk Seri Anwar berkesempatan berbincang dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani mengenai hasrat pelaburan ladang tenusu terbesarnya, Baladna dikomersialkan di Malaysia.
[TERKINI] Anwar bertemu Putera Mahkota Arab Saudi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menghadap Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Bin Salman Al-Saud.
Pertemuan yang berlangsung di Istana Al-Safa itu adalah atas undangan Kerajaan Arab Saudi seiring lawatan kerja tiga hari beliau ke Riyadh.
Pertemuan yang berlangsung di Istana Al-Safa itu adalah atas undangan Kerajaan Arab Saudi seiring lawatan kerja tiga hari beliau ke Riyadh.
SPR keluar 188 kertas undi pos
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 188 kertas undi pos kepada pengundi yang berhak untuk mengundi secara pos pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
PRK Kemaman: Pejuang sahkan tidak bertanding - Mukhriz
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengesahkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini.
Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRN: Pejuang masih harap dapat kerjasama dengan PN - Mukhriz
Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu tidak mahu dilihat sebagai pengacau yang memecah-belahkan undi Melayu dalam PRN.
PRN: Calon MB Kedah hanya boleh dicadangkan Setiausaha Agung Pas, PN- Sanusi
Sanusi berkata bahawa keputusan untuk menentukan calon bagi jawatan Menteri Besartidak boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti berkenaan di peringkat negeri termasuk dirinya.
"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.
PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.
'Mukhriz minta kerusi' - Sanusi sahkan Presiden Pejuang jumpa kepimpinan tertinggi Pas
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan pertemuan antara kepimpinan tertinggi Pas dengan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini.
'Tak patut salahkan saya letak jawatan PM' - Tun M
Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak sepatutnya dipersalahkan susulan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2020 sehingga membawa kepada kemelut politik negara.
Pejuang umum berundur daripada GTA
Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan parti itu secara rasmi menarik diri daripada Gerakan Tanah Air (GTA).
Pendirian kerjasama dengan GTA punca Tun M letak jawatan
Pendirian kerjasama dengan GTA punca Tun M letak jawatan