awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
Kedutaan nasihatkan rakyat Malaysia elak kawasan sempadan
[TERKINI] Najib bersalah 21 kes AMLA dana 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO harus akui hakikat perlu bekerjasama - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2021
05:06 MYT
UMNO harus akui hakikat perlu bekerjasama - Penganalisis
DR HAMIDIN: UMNO perlu sedar tidak ada satu parti yang mampu menguasai kerajaan selepas PRU lalu seperti yang didominasi mereka sebelum ini. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR:UMNO seharusnya mengakui hakikat perlu bekerjasama untuk membentuk kerajaan, kata Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid.
Jelasnya, parti itu perlu sedar tidak ada satu parti yang mampu menguasai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu seperti yang didominasi mereka sebelum ini.
"UMNO memegang kerusi terbesar tetapi mereka masih lagi memerlukan kerjasama parti politik lain.
"Saya kira UMNO kena strategik dalam menentukan bagaimana tingkah laku mereka dan apa yang dilakukan kepimpinan UMNO masih bergerak dalam paradigma lama yang merasakan UMNO masih tunjang.
"Ketika kini UMNO bukan tunjang tetapi kena belajar, kena terima hakikat, UMNO harus bertindak sebagai sebuah parti sokongan," katanya semasa sidang Skype pada Rabu.
BACA: Perlukah UMNO berpisah dari PN? 44 peratus nyatakan tidak bersetuju - Kajian
BACA: UMNO terima implikasi besar jika keluar Perikatan Nasional - Penganalisis
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO dijangka diadakan pada Rabu malam di Menara Dato Onn.
Tumpuan sudah tentu terarah kepada usul-usul akar umbi yang dibawa ketika pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua-Ketua UMNO Bahagian pada Selasa.
Desas-desus percaturan jajaran politik baharu UMNO semakin kuat kedengaran selepas UMNO Kelantan menolak kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Sebelum ini, satu kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center mendapati masih ramai pengundi di Malaysia menyatakan pendirian tidak setuju sekiranya UMNO keluar dari Perikatan Nasional (PN).
Kajian berkenaan dijalankan menyentuh mengenai pandangan mereka terhadap ekonomi, kepimpinan dan isu semasa.
Politik | Menjelang mesyuarat MKT UMNO apa mungkin berlaku?
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#PPBM
#UMNO
#PRU
#Hamidin Abd Hamid
#Merdeka Center
#Ketua UMNO Bahagian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan