awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO iktiraf suara generasi muda - Muhyiddin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
24/11/2014
00:27 MYT
UMNO iktiraf suara generasi muda - Muhyiddin
UMNO telah menyediakan satu slot untuk Kelab UMNO Luar Negara mengambil bahagian dalam perbahasan semasa perhimpunan agung yang akan datang.
“Mendengar suara generasi muda,” itu tegasan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan UMNO adalah satu-satunya parti yang menyanjung dan mengiktiraf peranan generasi muda dengan menyediakan platform luahan pandangan dan idea mereka.
Tambah Muhyiddin, dalam usaha parti itu menggalakkan mahasiswa menjadi sebahagian daripada proses pembuat dasar negara, ia telah menyediakan satu slot untuk Kelab UMNO Luar Negara mengambil bahagian dalam perbahasan semasa perhimpunan agung yang akan datang.
“Saya katakan tidak mungkin ada pertubuhan politik sebagaimana UMNO memberikan ruang dan peluang sebegini baik yang diberikan kepada pemimpin pelajar untuk menyuarakan aspirasi saudara dan saudari sekalian,” kata Muhyiddin.
Ini sekali gus membuktikan bahawa UMNO memberikan pengiktirafan diatas keupayaan dan kebijaksanaan pimpinan muda generasi Malaysia.
Tambah Muhyiddin, ini adalah peluang seumur hidup untuk pelajar berkongsi idea bernas yang boleh digunapakai kerajaan.
“Dalam satu forum yang sama berhadapan dengan pimpinan tertinggi parti dan kerajaan untuk membolehkan saudara sebagai pimpinan generasi muda mahasiswa menyampaikan pandangan, saranan, pendapat secara kritis dan pastinya bukan hanya ia akan didengar tapi diambil perhatian penting oleh pimpinan negara kita,” ujarnya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berucap pada Majlis Penutupan Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad.
Persidangan empat hari itu merencanakan pelbagai aktiviti seperti mengadakan sesi parlimen, di mana mereka membincangkan mengenai isu-isu politik, ekonomi, agama dan pendidikan.
Lapan perwakilan PEMANAS 2014 telah telah dipilih sebagai jurucakap Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014.
Mahasiswa dalam dan luar negara terpilih itu ditempatkan dalam perhimpunan Pemuda, Puteri atau Majlis Tertinggi (MT) bagi membahaskan isu-isu semasa dan parti sepanjang lima hari perhimpunan itu.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan