JOHOR BAHRU: Barisan kepimpinan UMNO Johor yang baharu hari ini menzahirkan sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri yang ada dibentuk Barisan Nasional (BN) susulan kemenangan lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac, tahun lepas.
"Kerana kita mengakui kerajaan sedia ada adalah kerajaan yang dibentuk oleh UMNO dan kerajaan sedia ada juga menerima hakikat tanpa UMNO, mereka tidak ada di situ.
"Berasaskan daripada itu, parti dan kerajaan bersetuju untuk membentuk satu sekretariat bersama antara parti dan kerajaan," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan penggal 2023/2026 buat kali pertama di Bangunan UMNO Johor, di sini hari ini.
Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO berkata menerusi sekretariat itu, parti akan diwakili oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Abdul Halim Suleiman dan Ketua Penerangan Badan Perhubungan Datuk Md Jais Sarday.
Sementara itu, di pihak kerajaan negeri pula akan diwakili Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah.
"Mereka ini akan duduk berbincang tentang perkara yang dirasakan perlu untuk mengukuhkan kedudukan parti dan kerajaan, supaya kerajaan dapat melakukan pelbagai perkara yang boleh membawa kepada kebaikan, kesejahteraan dan kemajuan kepada rakyat dan sebagainya.
"Dalam konteks yang sama untuk kita memikirkan bagaimana kedua-dua pihak perlu mempunyai persefahaman dan pendekatan yang strategik untuk menjayakan hubungan kerana kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa (beberapa) parti yang sama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan (di peringkat Persekutuan)," kata Mohamed Khaled.
Dua hari lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa penubuhan kerajaan perpaduan di Melaka tidak semestinya akan berlaku di negeri lain termasuk Johor, kerana situasi politik yang berlaku di Melaka, tidak ada kena mengena dengan situasi politik di negeri lain.
Selain itu, Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata fokus UMNO Johor bagi penggal ini untuk bersama kepimpinan di seluruh peringkat dalam negeri bagi bersama-sama mengembalikan kepercayaan dan memulihkan keyakinan orang Melayu khususnya terhadap UMNO di Johor dan Malaysia amnya.
"Kita akan pastikan bahawa UMNO dapat bangkit dengan kita merawat UMNO semula. Kita juga telah bentuk beberapa biro bagi menggerakkan UMNO Johor untuk memastikan ia mencapai matlamatnya dan memastikan ia bergerak secara berkesan," kata beliau.
Selain itu, beliau berkata UMNO Johor juga akan menyediakan jentera bagi membantu negeri-negeri yang akan berhadapan dengan PRN.
"Walaupun kita tidak ada PRN tetapi kita juga tidak boleh menyepi kerana bila PRN diadakan dulu, semua orang datang tolong kita. Jadi ini masanya untuk kita menyediakan jentera kita untuk kita bantu. Negeri mana itu (akan pergi) kita akan putuskan (kemudian)," kata beliau.
Turut hadir pada mesyuarat itu ialah barisan kepimpinan badan perhubungan UMNO Johor termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023
Mohamed Khaled Nordin (kiri) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Johor Bilangan 1/2023 di Bangunan Perhubungan Negeri hari ini. -Bernama
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
UMNO Johor adakan Konvensyen Orang Melayu Jun ini
UMNO Johor akan mengadakan Konvensyen Orang Melayu pada Jun ini, dalam usaha mendapatkan pandangan dan hala tuju suara akar umbi kaum Melayu.
UMNO Johor adakan konvensyen selepas PRN bincang isu pembangunan
Konvensyen peringkat negeri itu dijangka diadakan selepas Pilihan Raya Negeri di enam negeri selesai.
PRN: UMNO Johor bantu kempen di Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu
UMNO Johor akan menggerakkan jenteranya ke Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu bagi membantu kempen pilihan raya negeri (PRN) di ketiga-tiga negeri tersebut yang akan berlangsung tidak lama lagi.
PRN: UMNO Johor hantar jentera berpengalaman bantu kempen di Negeri Sembilan
UMNO Johor akan menghantar jentera yang berpengalaman dan komited bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan nanti.
UMNO Johor sokong kepimpinan MB, tubuh sekretariat dengan kerajaan negeri
Barisan kepimpinan UMNO Johor yang baharu hari ini menzahirkan sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pendekatan secara bersemuka dan menggunakan meja perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyuarakan pandangan.
Pemilihan UMNO: Mohamed Khaled kekal Ketua Bahagian Pasir Gudang
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menang tanpa bertanding dan terus menerajui Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang selepas pencalonan ditutup Ahad.
Penggantungan keahlian tidak jejas perjalanan UMNO Johor - Mohamed Khaled
Penggantungan keahlian beberapa pemimpin UMNO Johor tidak akan menjejaskan perjalanan pentadbiran parti itu di negeri berkenaan.
Adat berpolitik, pasti ada badai dan gelora - Khaled Nordin
Mohamed Khaled menjelaskan sudah menjadi adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya.
PAU2022: 'Tiada perbincangan usul dua jawatan tertinggi dipertandingkan' - Nur Jazlan
UMNO Johor tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan berhubung jawatan tertinggi dalam parti wajar dipertandingkan sebagaimana usul dibawa perwakilan negeri ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022.