SHAH ALAM: UMNO hari ini memberi penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata beliau bersama tiga individu lain telah menemui Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad dan timbalannya, di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya pada jam 11.30 pagi dengan membawa dokumen yang disediakan peguam.
"Pertemuan pagi tadi adalah bagi memberi penjelasan bahawa tidak ada pelanggaran peraturan mesyuarat ataupun perlembagaan UMNO dengan majoriti lebih 90 peratus perwakilan hadir bersetuju kepada usul nombor lapan iaitu jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan kali ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.
Ahmad berkata pertemuan itu dibuat susulan tindakan dua ahli UMNO pada 20 Jan lalu menghantar aduan kepada RoS agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa PAU 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
Katanya, pihaknya akan menyerahkan dokumen tambahan kepada RoS pada Khamis ini untuk diteliti lanjut dan berharap RoS dapat memberi jawapan atau keputusan berhubung isu tersebut secepat mungkin menjelang pemilihan parti yang bakal bermula esok.
Media, sebelum ini melaporkan aduan berhubung dua jawatan yang tidak dipertandingkan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, yang berharap RoS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada Perhimpunan Agung UMNO 2022.
Majoriti perwakilan yang hadir pada perhimpunan itu menyatakan sokongan terhadap usul tambahan dicadangkan wakil UMNO Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudin agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023

Ahmad berkata beliau bersama tiga individu lain telah menemui Ketua Pengarah RoS dan timbalannya, di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya pada Selasa. - Gambar fail

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

Usul tambahan PAU2022, Ahli MKT pula akan dipanggil RoS - Aizat Fikri
Aizat Fikri telah dipanggil RoS untuk memberi keterangan lanjut berkenaan laporannya terhadap pelanggaran perlembagaan parti semasa PAU202.

Mohamed Khaled kekal pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.

Langgar perlembagaan: Ahli UMNO terima surat maklum balas RoS
Menerusi surat bertarikh 26 Januari itu, RoS menyatakan sedang dalam proses semakan dan siasatan terperinci berkaitan aduan yang dibuat.

UMNO jumpa RoS, jelas aduan jawatan presiden, timbalan tidak dipertanding
UMNO memberi penjelasan kepada RoS berhubung usul tambahan yang diluluskan pada PAU2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti tahun ini.

PAU2022: UMNO serah kepada RoS - Zahid
UMNO menyerahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjelaskan mengenai keabsahan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Aktivis Pemuda UMNO gesa RoS bebas daripada campur tangan mana-mana pihak
Ujar Syed Mohd, RoS perlu bebas daripada campur tangan mana-mana pihak demi keadilan dan demokrasi di negara ini.

PAU2022: Ahmad Maslan akan bertemu RoS dalam masa terdekat
Beliau dan peguam parti akan menjelaskan kepada RoS bahawa proses pengundian dalam PAU 2022 dijalankan mengikut peraturan parti.

UMNO Seremban nafi hantar notis bantahan
UMNO Bahagian Seremban nafi terlibat dengan tindakan seorang ahlinya yang menghantar notis bantahan keputusan PAU2022 kepada RoS mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Notis bantahan keputusan PAU 2022 tepat dan berani - KJ
Khairy menyifatkan tindakan dua ahli UMNO menghantar notis bantahan kepada RoS susulan keputusan PAU2022 untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya sebagai tepat dan berani.

PAU2022: Dua ahli UMNO hantar aduan kepada RoS
Aduan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.