awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Kedah umum hilang kepercayaan terhadap Mukhriz

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2016
09:12 MYT
UMNO Kedah umum hilang kepercayaan terhadap Mukhriz
Mukhriz dikatakan gagal mengurus tadbir negeri dengan berkesan, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah. - Gambar fail
Pemimpin UMNO Kedah sepakat mengumumkan pendirian hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sidang media selepas perjumpaan tertutup kepimpinan UMNO negeri di sini.
Sidang media berkenaan yang turut dihadiri 14 ketua bahagian, turut merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya bertindak membuat perubahan dengan segera terhadap Mukhriz yang menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Menteri Besar.
"Sebagai Menteri Besar, beliau gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan," kata Ahmad Bashah.
Selain isu urus tadbir, UMNO Kedah berpendapat Mukhriz yang dilihat gagal menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat.
Tambahnya lagi, tiada sebarang perancangan strategik parti dilakukan di bawah kepemimpinan Mukhriz bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.
Topic Berkaitan
#hilang kepercayaan
#Kedah
#Mukhriz Mahathir
#UMNO
#urus tadbir negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan