KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk menuding jari, sebaliknya UMNO perlu meningkatkan usaha dalam memastikan penjajaran satu hala tuju iaitu bertunjangkan aspirasi perpaduan perlu diperjelaskan lagi kepada anggota parti itu.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata gabungan perpaduan yang berjaya mengekalkan status quo di tiga negeri dan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini bukan sebahagian daripada kerajaan negeri, sudah menjadi sebahagian daripada pembentukan kerajaan negeri.
"Kita (UMNO) ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang memberi sokongan kepada aspirasi perpaduan selain beri kepercayaan kepada gabungan ini untuk membentuk kerajaan di tiga negeri.
"Sambil itu, kita juga akan ambil kira setiap maklum balas untuk BN meningkatkan prestasi, pendekatan dan pelaksanaan khidmat untuk rakyat di seluruh negara," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurut Azalina beliau bersetuju bahawa Kerajaan Perpaduan perlu meneliti dan mempertingkatkan pemilihan calon, jentera, manifesto, polisi dan atur kerja kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
Masa yang lebih panjang ini pasti akan memanfaatkan semua peringkat akar umbi dalam memastikan penjajaran serta kefahaman dapat dibentuk dengan lebih kukuh pada masa akan datang, katanya.
Beliau berkata tempoh singkat lapan bulan sejak pembentukan gabungan perpaduan BN-Pakatan Harapan selepas berpuluh tahun di arena pilihanraya sebagai seteru politik, adalah ujian pertama kesefahaman gabungan ini dan ia berjaya dilalui dengan baik.
Menurut Azalina ini diperkukuhkan lagi dengan angka diperoleh iaitu gabungan Perpaduan berjaya meraih 49.58 peratus iaitu 3,399,472 undi di keseluruhan enam negeri berbanding Perikatan Nasional yang ketinggalan 17,000 undi pada 3,382,455 (49.33 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023
AZALINA: "Kita (UMNO) ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang memberi sokongan kepada aspirasi perpaduan selain beri kepercayaan kepada gabungan ini untuk membentuk kerajaan di tiga negeri. - Gambar fail/BERNAMA
Indonesia sedia hantar pasukan pengaman ke Gaza - Prabowo
Prabowo Subianto mengesahkan kesediaan Indonesia untuk menghantar pasukan pengaman ke Semenanjung Gaza jika perlu.
Perhilitan tangkap seekor lagi beruang matahari di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor lagi beruang matahari di Kampung Air Asahan Hulu.
Atlet menembak dinobat olahragawan, olahragawati TLDM 2023
PAP Mohd Azlan Md Salleh dan Leftenan Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati TLDM 2023 pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan TLDM.
Wanita wajar dihargai atas jasa, pengorbanan dan pencapaian mereka - Noraini
Golongan wanita yang merupakan tonggak sesebuah institusi kekeluargaan, adalah penting untuk dihargai dan disanjungi atas segala pengorbanan yang dilakukan mereka.
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
BN buat persiapan awal, gerak jentera hadapi PRK Sungai Bakap - Zambry
Zambry berkata kerangka awal perlu dilaksana dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa tentang persiapan yang telah dilakukan.
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
PRN Sabah: Tiada parti boleh bergerak solo, UMNO dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar
UMNO Sabah memberi bayangan akan membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dengan mana-mana parti yang dirasakan boleh bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO
Kenyataan tular mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
UMNO komited terus pertahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.