UMNO mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak sementara MCA diberi semula kerusi Parlimen Wangsa Maju.
Menurut Pengerusi BN Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor langkah ini diambil setelah membuat beberapa perkiraan dari segi strategi.
"Kami berterima kasih kepada MCA kerana sudi memberi UMNO untuk bertanding di Bandar Tun Razak.
"Oleh itu, UMNO juga memulangkan semula kerusi Wangsa Maju untuk ditandingi MCA," kata beliau.
Tambahnya, walaupun UMNO berusaha untuk mendapatkan kerusi tersebut ketika sesi rundingan, atas dasar permuafakatan, kerusi Wangsa Maju diserahkan semula kepada MCA.
"Ini bagi memastikan Barisan Nasional dapat menampilkan saingan yang kuat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ini," kata beliau yang dicalonkan semula untuk kerusi Parlimen Putrajaya.
Kerusi Parlimen Wangsa Maju bakal ditandingi Ketua MCA Wilayah Persekutuan Datuk Yew Teong Look sementara Bandar Tun Razak bakal ditandingi Adnan Seman dari UMNO.
Selain mereka, antara muka baharu yang turut dicalonkan adalah Ong Siang Liang (Kepong) dari Gerakan, Datuk J. Loga Bala Mohan (Segambut) dari myPPP serta Ann Tan (Bukit Bintang), Heng Sinn Yee (Cheras) dan Chan Quin Er (Seputeh) dari MCA.
Selain itu, ada beberapa individu yang dicalonkan semula di kawasan masing-masing iaitu Naib Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau (Batu) dan Ketua UMNO Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin (Lembah Pantai).
Sementara itu, penyandang yang dicalonkan semula selain Tengku Adnan adalah Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Titiwangsa) dan Datuk Rozman Isli (Labuan).
Hanya seorang penyandang Ahli Parlimen BN yang tidak dikekalkan iaitu Datuk Ahmad Fauzi Zahari.
Tempat beliau akan digantikan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique (Setiawangsa).
Bernama
Sun Apr 22 2018
Menurut Pengerusi BN Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor langkah ini diambil setelah membuat beberapa perkiraan dari segi strategi. - Gambar fail/BERNAMA
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Wan Azizah serah sumbangan lebih RM200,000 kepada masjid, surau di Bandar Tun Razak
Setiap masjid memperoleh RM5,000 manakala surau RM2,000, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan adalah lebih RM200,000.
Abai anak sehingga meninggal dunia, polis tahan suami isteri
Polis menahan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Tunku Azizah, Sabtu lepas, dipercayai akibat didera dan diabaikan.
PRU15: Wan Azizah yakin PKR mampu tawan semula Bandar Tun Razak
Wan Azizah berharap peristiwa yang menyaksikan dua penyandang di kerusi tersebut keluar parti juga tidak berulang.
PRU15: PKR akan calonkan Wan Azizah di Bandar Tun Razak
PKR memenangi kerusi Bandar Tun Razak sejak 2008 menerusi Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum diganti oleh Datuk Kamaruddin Jaffar pada 2018.
Salah naik bas: Polis tolak unsur culik kanak-kanak perempuan, Sofia Rania
Kanak-kanak berusia lapan tahun itu tersalah menaiki bas ketika pulang dari sekolah petang semalam.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh, bakar penyelia kedai buku sekolah
Pertuduhan ke atas tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.
Polis rekod keterangan lima individu bantu siasatan kes bunuh, bakar wanita
Polis berkemungkinan akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes itu dan akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin.
Tong gas kimpalan meletup, ruang bangunan terbakar - Bomba
Kebakaran berjaya dikawal pada 2.30 petang dan tidak ada mangsa terlibat.
Terharu, teruja dapat rumah sekali ganda lebih luas
Gembira, terharu, teruja jelas terpancar di wajah penerima rumah baharu di Residensi Razakmas2 di Bandar Tun Razak, Cheras.
Lima dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan binaan SUKE
Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang pada petang Rabu.