PUTRAJAYA:UMNO Bahagian Putrajaya hari ini membuat ketetapan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri walaupun terdapat gesaan agar parti itu menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ketuanya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata bahagian itu juga meminta semua Ahli Parlimen UMNO untuk meneruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
"Tidak ada kata-kata kononnya jangan sokong kepimpinan Muhyiddin dan sebagainya kerana saya sendiri tahu bahawa kita yang minta Muhyiddin jadi Perdana Menteri dan UMNO sepatutnya dukung la kerana telah menubuhkan kerajaan bersama Muhyiddin.
"Saya amat hairan yang menyuarakan masalah-masalah ini (tidak sokong) adalah orang-orang yang kalah bukan yang menang (pilihan raya), jadi saya harap jangan keruhkan situasi," katanya pada sidang media selepas mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya di sini hari ini.
BACA: UMNO mahu PRU15 disegerakan - Zahid
BACA: Usul tolak kerjasama dengan Bersatu dibincang Rabu ini - Presiden UMNO
Beliau berkata bahagian itu juga kekal dengan ketetapan menolak kerjasama dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang diputuskan Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum ini.
Ketika diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa 143 daripada 191 bahagian parti itu menolak kerjasama dengan Bersatu, Tengku Adnan berkata bahagian terbabit mungkin mengalami sedikit pergeseran yang boleh diperbaiki.
"Presiden sebut oleh kerana akar umbi telah sebut tetapi saya berkeyakinan jika Presiden dan Majlis Tertinggi duduk bersama-sama dengan biro politik, kita boleh perbaiki keadaan untuk beri satu kesinambungan kerana saya berharap Bersatu dan UMNO satu hari nanti bercantum balik," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya semasa mesyuarat itu, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata beliau merupakan antara individu yang terlibat menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan meminta Muhyiddin menerajui kerajaan.
"Ini kerana saya tahu apa yang kita lakukan adalah demi agama, bangsa dan negara, dan yang penting agama Islam dan Orang Melayu, itu kepentingan kita untuk kebaikan agama, bangsa dan agama," katanya.
Mengenai desas-desus bahawa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan meninggalkan UMNO, Tengku Adnan berkata beliau percaya Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) itu seorang yang rasional dan akan terus bersama dengan UMNO.
"Jangan kita ada syak wasangka kerana macam-macam yang ditulis (di media sosial), ini durjana yang paling besar, kadang-kadang saya tak baca pun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 03 2021
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya di Pusat Khidmat Masyarakat UMNO Putrajaya hari ini. - BERNAMA
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya ikhlas pemergian Firdaus.. Dia wira negara, wira anak-anak Sungai Nibong' - Bapa
"Terima kasih kerana masih sayangkan keluarga saya, masih sayangkan anak saya. Saya ikhlas, demi Allah saya ikhlas pemergian beliau."
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
UMNO Putrajaya sokong Muhyiddin
UMNO Bahagian Putrajaya hari ini membuat ketetapan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.