awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Sabah perlu kekal kuat, elemen penting bentuk kerajaan BN - Musa

Bernama
Bernama
28/02/2016
11:27 MYT
UMNO Sabah perlu kekal kuat, elemen penting bentuk kerajaan BN - Musa
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyeru UMNO Sabah perlu kekal kuat dan menjadi elemen penting dalam pembentukan kerajaan BN pusat. - Gambar fail
UMNO Sabah perlu kekal kuat dan menjadi elemen penting dalam pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat, sekali gus berjuang mempertahan dan menempa kejayaan lebih besar pada masa hadapan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata setelah 25 tahun, UMNO Sabah kini berada pada kedudukan mantap dan komponen negeri terbesar dalam UMNO dengan memiliki 25 bahagian, 5,676 cawangan dan 546,879 anggota parti.
"Status dan pencapaian ini bukan untuk mendabik dada atau berada di zon selesa, tetapi penting bagi mengingatkan sejauh mana perjalanan seterusnya meningkatkan tekad dan iltizam perjuangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Jubli Perak UMNO Sabah peringkat Kalabakan di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KPKT) Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor.
Musa berkata UMNO Sabah tidak boleh bergantung kepada jumlah yang berdaftar sebagai anggota parti semata-mata, kerana yang lebih penting adalah nilai serta kualiti setiap anggota di semua peringkat.
Musa turut mengingatkan pemimpin dan anggota UMNO Sabah tidak terikut-ikut rentak pembangkang, sebaliknya mengukuhkan parti yang mempunyai rekod cemerlang, bukan sekadar 'didengar tetapi dapat dilihat dan dirasai rakyat'.
"Kita perlu elak perpecahan, utamakan kepentingan parti daripada kepentingan diri dan terus berjuang kerana cabaran adalah mempertahankan keupayaan UMNO untuk terus menjadi parti pilihan utama rakyat Sabah.
"Hala tuju kita perlu berpaksikan kepada kepentingan rakyat dan destinasi adalah rakyat kerana kekuatan serta prestasi ditentukan dan dinilai melalui tahap sokongan rakyat dalam pilihan raya...jangan lari daripada landasan ini," katanya.
Mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, Musa berkata ia ujian sebenar yang seharusnya menjadi fokus utama parti dengan mempertingkatkan gerak kerja dan memaksimumkan keberkesanan jentera, selain bergerak secara kolektif bagi mencapai kemenangan.
Dalam pada itu, Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abd Ghapur Salleh, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, berkata UMNO bahagian itu bersiap sedia menghadapi PRU ke-14 bagi memastikan kemenangan di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan.
"Kita akan memastikan kemenangan di Sebatik, Tanjong Batu dan Merotai. Kita juga telah memberi dua van baharu bagi kegunaan Puteri dan Pemuda UMNO Kalabakan untuk memudahkan mereka berkempen nanti," katanya.
Topic Berkaitan
#Hajiji Mohd Noor
#Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman
#Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14
#Sabah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan