KOTA KINABALU:UMNO Sabah menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya di 10 hingga 13 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata sasaran ini berpandukan kepada kajian parti melalui Jabatan Urusan Pilihan Raya (Juara) UMNO Sabah.
Sekretariat Penyelidikan akan membuat penyelidikan tentang kekuatan sokongan rakyat kepada UMNO bagi kerusi yang dituntut.
"Mengikut fakta pada PRU ke-14 UMNO diberikan kerusi untuk bertanding di 14 kerusi Parlimen iaitu Parlimen Kudat, Kota Belud, Sepanggar, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Tenom, Beluran, Libaran, Kinabatangan, Silam, Semporna dan Kalabakan,
"Penyelidikan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dan hasil daripada rumusan laporan itu nanti kita akan muktamadkan keputusan kerusi Parlimen mana yang bakal ditandingi oleh UMNO," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin susulan mesyuarat Juara UMNO Sabah pada Ahad malam.
Hadir sama ialah Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan Pengerusi Juara UMNO Sabah yang juga Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Arifin dan Pengarah Pilihan Raya PRU15, Datuk Sri Salleh Tun Said.
Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, dalam soal agihan kerusi yang bakal ditandingi pada PRU15 akan datang akan dibuat melalui perundingan awal bersama BN dan GRS.
"Ia perlu dilakukan secara telus berdasarkan kepada kekuatan parti masing-masing dan ia perlu diputuskan lebih awal dan tidak lagi menunggu saat-saat akhir menghadapi PRU15 nanti.
“PRU15 kita mahu menang untuk tubuhkan kerajaan, bukan untuk bermegah," katanya.
Terdahulu, Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri turut mengadakan perjumpaan bersama menteri dan pembantu menteri yang diwakili oleh UMNO dan selepas itu turut mengadakan mesyuarat perhubungan UMNO Sabah.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Feb 15 2021

BUNG MOKTAR: Kita mahu menang untuk tubuhkan kerajaan, bukan untuk bermegah. - Gambar fail
![AWANI 7:45 [03/03/2021]: Jangan potong barisan suntikan! | Sidang Parlimen AWANI 7:45 [03/03/2021]: Jangan potong barisan suntikan! | Sidang Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893514/15793218251614778361385_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [03/03/2021]: Jangan potong barisan suntikan! | Sidang Parlimen
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Luqman Hariz Fokus #AWANI745: - Struktur sokongan pembinaan SUKE runtuh - Potong barisan penerima vaksin COVID-19, denda sehingga RM50,000 - Tiada keperluan lagi untuk Parlimen bersidang - Takiyuddin #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

Kebaikan terang-terangan supaya jadi ikutan
Ada bakti yang perlu dibuat secara sembunyi, dan ada yang perlu dibuat secara terang-terangan. Jelas penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew, memang untuk menunjuk supaya ia dilihat oleh khalayak dengan harapan akan menjadi ikutan supaya lebih ramai membuat kebaikan tidak kira apa bentuknya. Soal ikhlas atau tidak, katanya itu urusan tuhan dan orang akan tetap berkata. Apa yang penting, niat baik perlu dilunaskan dan disebar luaskan dengan segala kuasa yang ada.

Malaysia Prihatin | Sasar Malaysia jadi pengeluar aset ketenteraan
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini, Malaysia hanya terlibat dengan pengeluaran komponen dan peluru tertentu sahaja.

Laporan Khas | NREE: Antara wang ringgit dan impaknya kepada alam
Unsur nadir bumi bukan radioaktif atau singkatannya N-REE merupakan kekayaan terbaharu negara dengan nilainya mencecah RM 700 billion. Elemen ini mendapat permintaan tinggi di pasaran kerana menjadi komponen penting untuk pembuatan perkakasan elektrik dan elektronik sekali gus membuka peluang baharu kepada Malaysia Namun apa pula kesannya terhadap alam sekitar? Ikuti laporan disediakan Fareez Azman.

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 2 mangsa disahkan maut, 3 selamat - Polis
Dalam kejadian sekitar jam 5.58 petang itu, empat hingga lima mangsa yang menaiki sebuah van kilang dipercayai terperangkap dalam runtuhan berhampiran Desa Tun Razak itu.

COVID-19 | Takut, berdebar terima mesej daripada Tan Sri DG
'Menerima mesej daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai statistik kes harian COVID-19 membuatkan saya berasa takut dan berdebar.
![[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 1,745 kes harian baharu dilaporkan [INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 1,745 kes harian baharu dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893494/8967789641614776073407_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 1,745 kes harian baharu dilaporkan
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19, 305,880 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 24,025 kes. Dalam pada itu, bilangan kes sembuh hari ini ialah 2,276 kes menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 280,707 kes. Sehingga kini, 195 kes positif sedang dirawat di ICU, 95 kes memerlukan bantuan pernafasan. Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 7 kes kematian hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian 1,148 kes.

Potong Giliran | Kerajaan Kelantan nafi berlaku insiden potong giliran
Kerajaan kelantan membuat laporan polis pada Rabu berhubung penyebaran laporan yang mendakwa berlaku insiden memotong giliran bagi pengambilan suntikan vaksin. Laporan dibuat oleh pegawai khas kepada Exco Kerajaan Kelantan, Mohamed Taufik Ramli di ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Sidang Parlimen | Sebahagian Ahli Parlimen kumpulan berisiko
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan tumpuan dan fokus utama kerajaan ketika ini adalah untuk memerangi COVID-19 termasuk mengurangkan risiko kepada Ahli Parlimen

Nahas | Lima mangsa dipercayai terperangkap bawah runtuhan

UMNO hantar surat tamat kerjasama dengan Bersatu, PN - Laporan
Sumber yang memaklumkan perkara tersebut kepada portal itu menjelaskan, sehingga kini belum ada maklum balas berhubung surat berkenaan.

Jika tidak bersidang, Ahli Parlimen hanya luah masalah di media sosial - Noor Hariri
Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu berkata, kerajaan tidak perlu takut untuk mengadakan sidang Parlimen pada waktu terdekat.

Kerajaan perlu berani adakan sidang Parlimen
Muhammad Fathi tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika sidang Parlimen dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Putus hubungan dengan Bersatu sebelum Parlimen bersidang' - Ku Li
Majlis Tertinggi UMNO perlu mengadakan mesyuarat tergempar bagi memutuskan pendirian mereka sama ada ingin meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

UMNO beri PH 'nyawa' jika tidak bersama PN - Penganalisis politik
Sekiranya UMNO kekal dengan keputusan tidak bersama dengan Perikatan Nasional, tindakan itu akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan.

Survival politik Amanah dan setiakawan yang dikhianati
Melihat kepada kemorosotan populariti Amanah di ruangan publik dan juga bahan sebutan di kalangan rakyat, ini sesuatu yang membimbangkan.

Kes saman selesai, Jamal Yunos mohon maaf kepada Yeo
Membacakan kenyataan maaf itu di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jamal berkata beliau memohon maaf kerana memfitnah Yeo sebelum ini.

Laporan polis: Pemuda UMNO dakwa buku teks Sejarah Ting 4 dimanipulasi
Muhamad Nur Aizat mendakwa wujud unsur manipulasi ke atas kandungan buku tersebut yang telah diteliti pakar sejarah dan ahli akademik.

Muhyiddin fail saman fitnah terhadap Puad Zarkashi
Tuntutan itu dibuat susulan kenyataan Mohd Puad dalam laman Facebook beliau pada 9 Februari lepas yang bertajuk "Kuarantin Pun Ada Dua Darjat".