awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO sedang diterajui Ahmad Zahid yang lemah - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
24/01/2021
02:21 MYT
UMNO sedang diterajui Ahmad Zahid yang lemah - Penganalisis
Kata Dr Mohammad Tawfik, rakyat sudah letih dengan situasi politik negara selain memerlukan seorang pemimpin yang berkhidmat untuk parti. - Facebook Dr Mohammad Tawfik Yaakub
KUALA LUMPUR:Langkah keluar parti oleh pemimpin UMNO sebelum ini membuktikan kelemahan presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kepimpinannya, kata Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.
Tegasnya, ia sebenarnya signal daripada pemimpin berkenaan agar parti itu tidak 'terkena sakit jantung' seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
"Saya yakin ahli UMNO itu mempunyai pandangan yang cukup berbeza dari ahli politik yang lain, kerana mereka yakin UMNO itu dapat menjadi wadah kepada orang Melayu.
"Tetapi apabila ditadbir oleh seorang presiden yang lemah, dan saya yakin inilah kali pertama dalam sejarah UMNO, seorang presiden yang tidak akan menjadi perdana menteri.
"Pada PRU14, UMNO diberi amaran 'serangan jantung' yang hampir memautkan UMNO dan kini proses pemulihan itu sedang berlaku.
"Tetapi kita tidak mahu serangan jantung kedua yang akan melumpuhkan terus UMNO. Maka perubahan segera perlu dilakukan terhadap UMNO.
"Kita kena berlapang dada, presiden kena berlapang dada melihat bahawa kelangsungan UMNO itu lebih penting dari kelangsungan pemimpin," katanya semasa sidang Skype pada Ahad.
BACA: Punca sebenar perpecahan dalam UMNO, ini dikatakan kisah di sebaliknya...
BACA: Ahmad Tajuddin Ketua UMNO Bahagian pertama desak Ahmad Zahid undur diri
Hubungan UMNO - Bersatu punca keretakan parti - Penganalisis
Sebelum ini, Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Abdul Rahman Ibrahim, berkata, kemelut politik di dalam UMNO perlu diselesaikan dengan penuh bijaksana.
Tegasnya, UMNO perlu dirombak semula termasuk jawatan Presidennya selain mengetengahkan pemimpin yang bukan hanya diterima oleh ahli bahkan rakyat juga.
Dalam pada itu kata Mohammad Tawfik, rakyat sudah letih dengan situasi politik negara selain memerlukan seorang pemimpin yang berkhidmat untuk parti.
Jelasnya, percakaran pemimpin dalam UMNO hanya akan memberi imej buruk kepada parti, rakyat serta kerajaan yang sedang mentadbir negara hari ini.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#UMNO
#PRU14
#kerajaan
#presiden
#rakyat
#pilihan raya umum
#pilihan raya
#politik
#Perdana Menteri
#Melayu
#kelangsungan pemimpin
#kelangsungan parti
#Mohammad Tawfik Yaakub
#keluar parti
#kelemahan presiden
#serangan jantung
#signal
#presiden yang lemah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan