KUALA LUMPUR:Selepas beberapa Ketua Pemuda UMNO Bahagian membuat desakan secara terbuka agar Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur, hari ini Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman tampil membuat gesaan yang sama.
Dalam satu kenyataan hari ini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar itu berkata, Ahmad Zahid wajar melepaskan jawatan Presiden demi bangsa Melayu, UMNO, kesetiaan dan kegigihan 3.6 juta ahli parti.
Tegasnya lagi, pengunduran itu perlu memandangkan kemelut pimpinan tertinggi UMNO khususnya Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta Ahli-ahli Parlimen berlarutan tanpa sebarang penyelesaian.
Kata beliau, tindak-tanduk Ahli-ahli MKT dan Ahli-ahli Parlimen yang tidak terarah juga mendedahkan UMNO kepada kehilangan keyakinan orang Melayu yang sangat diperlukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Arah tuju yang tidak jelas beserta lemah ketegasan tindakan membawa kesan meluntur daya juang dan kesungguhan 3.6 juta ahli UMNO. Kesan langsung pendakwaan salah laku terhadap kepimpinan UMNO membawa beban berat kebangkitan semula UMNO,” katanya lagi.
BACA: UMNO perlu bariskan pemimpin baharu selain Ahmad Zahid - Pemuda UMNO Pagoh
Ahmad Sulaiman mendakwa, ahli-ahli UMNO tidak dapat melihat jelas kewajaran mendokong pemimpin yang dipecat oleh Ahli MKT sendiri.
Selain itu beliau berkata, penolakan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) oleh Bahagian-bahagian jelas memperlihatkan ketegasan akar umbi terhadap pimpinan kerajaan Bersatu.
Baru-baru ini media melaporkan, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi sebagai berkata, UMNO perlu dirombak semula dan kemudian mengetengahkan pemimpin yang bukan hanya diterima oleh ahli bahkan rakyat juga.
Beliau berkata, UMNO dalam masa sama perlu mengadakan pemilihan pada tahun ini juga agar suhu tidak puas hati terhadap pemimpin kembali reda.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang pula dilaporkan berkata, kluster besar dalam UMNO perlu berundur segera bagi mengelakkan kekalahan besar pada PRU14 berulang pada PRU15 kelak.
BACA: Jangan ada yang cuba minta Ahmad Zahid berundur - Ahmad Jazlan
Firdaus Azil
Fri Jan 22 2021

Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, Ahmad Zahid wajar lepaskan jawatan Presiden demi bangsa Melayu, UMNO, kesetiaan dan 3.6 juta ahli parti. - Gambar fail

Vaksin COVID-19: Sultan Selangor berkenan terima giliran selepas petugas barisan hadapan
Keutamaan pemberian vaksin COVID-19 ketika ini harus ditumpukan kepada petugas barisan hadapan, berikutan mereka berdepan risiko jangkitan yang lebih tinggi.

COVID-19: NPRA tanya 300 soalan, pastikan vaksin selamat, berkualiti - Khairy
NPRA merupakan sebuah badan bebas yang tidak menerima arahan daripada orang politik, misalnya dalam isu mempercepatkan proses kelulusan vaksin.

COVID-19: Kes positif global lebih 113.25 juta, kematian 2.51 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini lebih 113.25 juta.

Kecurian vaksin COVID-19 di Tennessee disiasat
Pesuruhjaya Kesihatan Tennessee mendedahkan telah meminta penguatkuasa undang-undang persekutuan menyiasat dakwaan kecurian dos vaksin koronavirus di negeri yang paling ramai penduduk berkenaan.

Petronas kekal komited bayar kerajaan dividen RM18 bilion
Petronas telah mengulangi komitmennya untuk membayar dividen sebanyak RM18 bilion kepada kerajaan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Vaksin COVID-19: Tindakan tegas jika hasut, sebar maklumat palsu - Polis
Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat supaya tidak mengambil vaksin COVID-19.

Henti melombong emas jika tiada lesen - MB Pahang
Mereka yang tidak mempunyai lesen untuk melombong emas termasuk di tanah milik sendiri, perlu menghentikan aktiviti tersebut.

Perlombongan Emas | Pahang pertimbang perkenalkan Skim Pelombong Kecil
Kerajaan negeri Pahang mempertimbangkan cadangan laksana Skim Pelombong Kecil (SPK) yang diselaraskan Pahang Mining Corporation Sdn Bhd (PMC). Ia bagi membantu penduduk terutamanya di Kuala Lipis, untuk melakukan aktiviti perlombongan emas secara sah.

Parlimen | Pastikan semak dan imbang dalam Dewan Rakyat
Ahli Parlimen, baik dari kerajaan, pembangkang, mahupun bebas, harus fokus sepenuhnya kepada perbincangan dan pendebatan berkaitan COVID-19 ketika Dewan Rakyat kembali bersidang. Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau khuatir ada pihak tertentu yang begitu mengharapkan sidang dibuka, tetapi bukan untuk semak dan imbang, sebaliknya menjadi ‘semak dan samun’.

COVID-19 | Norma baharu diteruskan walaupun sudah divaksin
Rakyat Malaysia harus terus mengubah suai tata hidup, walaupun sudah menerima vaksin. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara ini penting bagi mengelak jangkitan baharu.

Ahmad Zahid perlu letak jawatan elak 'dibuli' Bersatu - Ahmad Tajuddin
Kegagalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menguruskan parti dan persepsi dengan kes-kes mahkamahnya menyebabkan UMNO mudah 'dibuli' oleh saingan politiknya.

Ahmad Tajuddin Ketua UMNO Bahagian pertama desak Ahmad Zahid undur diri
Bekas ADUN Lepar itu berkata, Ahmad Zahid wajar lepaskan jawatan Presiden demi Bangsa Melayu, UMNO, kesetiaan, dan 3.6 juta ahli parti.