awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO susun strategi tawan Kelantan - Mustapa

Bernama
Bernama
14/01/2017
22:36 MYT
UMNO susun strategi tawan Kelantan - Mustapa
Mustapa (gambar) berkata pelbagai persiapan dan strategi disusun untuk menawan lapan kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). -Gambar fail
UMNO Kelantan kini melakukan pelbagai persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan tahun ini, kata Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mustapa berkata pelbagai persiapan dan strategi disusun untuk menawan lapan kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kalau ikut spekulasi PRU14 mungkin diadakan pada tahun ini dan Badan Perhubungan UMNO Kelantan telah membuat banyak persiapan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 200 anggota UMNO di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Perupok di sini, pada Sabtu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata UMNO Kelantan juga telah menggerakkan jentera parti dengan melantik anggota jawatankuasa di peringkat akar umbi terutama di PDM dan cawangan.
"Kita serius dengan perkara ini (PRU14) dan kita bersedia lebih awal pada kali ini. Kita akan melaksanakan kerja-kerja dengan penuh strategi bagi menawan kerusi-kerusi yang telah dikenalpasti," katanya.
Hadir sama Ketua UMNO bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Ketua UMNO bahagian Dr Ilias Husain, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan Senator Datuk Hanafi Mamat dan Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mustapa Mohamed
#PDM Perupok
#Pilihan Raya Umum ke-14
#PRU14
#UMNO Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan