awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO terus pertahan falsafah perjuangan demi agama, bangsa dan negara - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
22/10/2023
14:59 MYT
UMNO terus pertahan falsafah perjuangan demi agama, bangsa dan negara - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada program Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO Bersama UMNO Bahagian Jempol, Negeri Sembilan. - Foto Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: UMNO akan terus mempertahankan falsafah perjuangannya demi agama, bangsa dan negara, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata menerusi falsafah perjuangan itu, ia diterjemahkan dalam inisiatif yang sedang dilaksanakan kerajaan antaranya mewujudkan Pra Tahfiz Kemas, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz dan TVET Wanita.
Timbalan Perdana Menteri berkata kesemua inisiatif berkenaan merupakan hasil cetusan idea UMNO untuk memperkasa pendidikan Islam sekali gus membantu perkembangan ekonomi dan kerjaya wanita.
"Terkini, Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang saya pengerusikan akan menjadi medan untuk kita bersama-sama berdiskusi demi mengangkat martabat ekonomi Bumiputera.
"Moga usaha dan ikhtiar ini dapat disampaikan ke peringkat akar umbi sebagai satu manifestasi iltizam dan komitmen UMNO untuk memperkasa agenda Melayu," katanya dalam catatan Facebooknya, malam ini selepas menghadiri Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO Bersama UMNO Bahagian Jempol, Negeri Sembilan.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional turut menjelaskan bahawa penyatuan adalah kunci kekuatan dan menjadi ramuan penting untuk memperhebatkan UMNO agar kembali kuat dan dapat menarik keyakinan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#agama bangsa dan negara
#pertahan falsafah
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan